Connect with us

Terkini

Jaga ketenteraman awam, henti provokasi – Presiden PAS

PAS menyeru semua pihak menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Jaga ketenteraman awam, henti provokasi - Presiden PAS
Foto: Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang

KUALA LUMPUR – PAS menyeru semua pihak menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata semua pihak seharusnya menghormati keputusan pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab  memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu.

Foto: Kenyataan media presiden PAS

“Malaysia kini sedang melalui fasa penting pembentukan kerajaan melalui proses Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“PAS menegaskan untuk memelihara kestabilan politik dan ekonomi dalam negara dan seterusnya memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya ‘tidak menangguk di air yang keruh dan jangan sesekali dijolok sarang tebuan’, demi menjaga kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya,” kata beliau di hantaran Facebook hari ini.

Semalam, Polis Diraja  Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan memberi peringatan  dan penegasan kepada pengguna-pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform media itu.

Amaran itu dikeluarkan susulan PDRM mengesan tindakan beberapa pengguna media sosial yang memuat naik kandungan menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan menghina institusi Diraja selepas pengumuman keputusan PRU15.

 

Sumber : Facebook Abdul Hadi Awang

Author