Terkini
Izzah gesa SPR beri ketetapan awal jika perlu tunda PRU15 di kawasan banjir
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membuat ketetapan awal sekiranya wujud keperluan menunda Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan yang dilanda banjir.

- Calon Pakatan Harapan di Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar gesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat pengumuman segera jika perlu tunda pilihan raya di kawasan dilanda banjir.
- Katanya, SPR perlu menetapkan segera penundaan demi memudahkan calon dan pengundi.
- “SPR perlu dilihat sebagai objektif dan profesional oleh itu mereka perlu memberi ketetapan yang awal dan bukan pada saat-saat akhir,” – Nurul Izzah Anwar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membuat ketetapan awal sekiranya wujud keperluan menunda Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan yang dilanda banjir.
Nurul Izzah Anwar yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh berkata SPR perlu membuat pengumuman sekarang bagi memudahkan calon dan pengundi.
“SPR perlu dilihat sebagai objektif dan profesional oleh itu mereka perlu memberi ketetapan yang awal dan bukan pada saat-saat akhir,” katanya dalam sidang media di Bukit Mertajam hari ini.
Nurul Izzah turut mempersoal keputusan SPR mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan status PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, esok hanya sehari sebelum hari pengundian yang disifatkannya sebagai lewat.
“Kita ingin lihat SPR memberikan ketetapan yang awal dan bukannya sehari sebelum mengundi. SPR perlu berada di hadapan sebarang masalah yang mungkin berlaku,” katanya.
Mesyuarat SPR itu diadakan berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen berkenaan M. Karupaiya, semalam.
Sumber: BERNAMA

You must be logged in to post a comment Login