Terkini
Cleopatra janjikan keselamatan buat penduduk Batu
Calon Bebas Parlimen Batu, Nur Fathiah Syazwana ataupun turut dikenali sebagai Cleopatra menjanjikan akan menjamin keselamatan penduduk disitu sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

- Beliau ingin setiap perumahan flat mempunyai security camera untuk mengelakkan daripada berlaku jenayah atau sebagainya sekali gus melindungi penduduk serta warga emas.
- Antara permasalahan berlaku di situ ialah masalah jalan raya berlubang hingga menyebabkan kemalangan selain terdapat kes kecurian motosikal di tapak parking penduduk Seri Perak.
- “So security is the most important thing that I would want to handle as well, macam penggunaan CCTV di flat-flat ini semua ada dalam saya punya manifesto.
- “PPR akan ada banyak isu. Ada warga emas meninggal dunia seorang diri, dah beberapa hari baru orang dapat tahu kejadian ini berlaku. Ini sebenarnya satu isu yang berat dekat kawasan flat dan PPR.”
- Beliau akan memperbanyakkan peluang pekerjaan dan pastikan kenaikan gaji pokok dalam tempoh setahun jika kerusi itu menjadi milik beliau.
- Calon Bebas Parlimen Batu, Nur Fathiah Syazwana ataupun turut dikenali sebagai Cleopatra akan bertanding dengan sembilan lagi calon pada PRU15.
KUALA LUMPUR – Calon Bebas Parlimen Batu, Nur Fathiah Syazwana ataupun turut dikenali sebagai Cleopatra menjanjikan akan menjamin keselamatan penduduk disitu sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Menurut beliau, setiap perumahan flat perlu mempunyai security camera untuk mengelakkan daripada berlaku jenayah sekali gus melindungi penduduk serta warga emas.
Mendedahkan pengalaman di sepanjang beliau turun pandang di kawasan itu, pempengaruh media sosial tersebut mengatakan antara permasalahan yang berlaku di situ ialah masalah jalan raya yang berlubang hingga menyebabkan kemalangan selain terdapat kes kecurian motosikal di tapak parking penduduk Seri Perak.
Kes kecurian itu menyebabkan penduduk di situ terpaksa meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang lebih jauh dari perumahan seperti kawasan persekolahan dan bukan di tapak sepatutnya hingga akhirnya mengganggu proses lain.
“So security is the most important thing that I would want to handle as well, macam penggunaan CCTV di flat-flat ini semua ada dalam saya punya manifesto.
“PPR akan ada banyak isu. Ada warga emas meninggal dunia seorang diri, dah beberapa hari baru orang dapat tahu kejadian ini berlaku. Ini sebenarnya satu isu yang berat dekat kawasan flat dan PPR.”
“Saya ada cakap juga kepada pengerusi PPR dimana benda ini kita perlu ditangani segera banyak masalah, masalah lif rosak, kalau kita ada kemalangan macam mana? Bayangkan berapa tahun mereka perlu melaluinya dan bagaimana government berusaha mengurusnya namun masih juga penduduk belum dapat keluar daripada kesempitan ini.”
“Everything safety will be recovered, kerana saya ada pengalaman dengannya. Last but not least, saya ingin mewujudkan harapan yang baru buat Batu. A new Batu. A reset Batu, insyallah,” kata beliau yang juga mempunyai pengalaman dalam industri keselamatan dan pertahanan.
Nur Fathiah menjelaskan fokus utama beliau bagi kawasan tersebut adalah memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan dan memastikan kenaikan gaji pokok dalam tempoh setahun jika kerusi itu menjadi milik beliau.
“Saya nak janji kepada anak-anak muda di Batu saya akan meningkatkan peluang pekerjaan kepada mereka based on their skills, passion dan apa mereka suka lakukan. Ini kerana selalunya masalah belia ini biasanya mereka suka buat sesuatu tetapi tidak diberikan pengetahuan sepatutnya untuk macam mana mereka boleh go further where they are now.”
“Sekiranya saya mendapat mandat saya menjanjikan untuk meningkatkan basic salary mereka kerana kita sedia tahu harga barang sekarang ini sangat mahal bayangkan gaji kita RM1,500 hanya cukup untuk apa? Nak bayar sewa rumah pun dah RM700-RM900.
“Kita tahu duduk di Kuala Lumpur itu adalah harga kita perlu bayar. Itu bagi mereka yang hidup sendiri bagaimana pula dengan mereka yang berkeluarga, ada anak?”
“Ada saya dengar berita dia kata, kita kena family planning, itu bukan solusinya tapi solusinya pentadbiran sendiri. Bagaimana mereka ingin mengurus perkara ini dan bawa golongan ini keluar dari kesempitan ini,” kata pempengaruh media sosial itu.
Tidak ketinggalan dalam membantu, mereka yang senasib dengan beliau, Nur Fathiah juga menawarkan untuk memberi ilmu pengetahuan, platform serta peluang bagi golongan ibu tunggal atau wanita yang ingin membuat bisnes mendapat kemahiran sewajarnya dalam memudahkan urusan mereka menjana pendapatan.
Kerusi Parlimen Batu akan menjadi medan tempur paling menarik dengan calon paling ramai iaitu pertembungan 10 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Kerusi Parlimen Batu ditandingi penyandangnya P Prabakaran atas tiket Pakatan Harapan (PH) dan calon lain termasuk bekas Timbalan Menteri Luar Datuk A Kohilan Pillay daripada Barisan Nasional (BN), Azhar Yahya mewakili Perikatan Nasional (PN) dan peguam Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang).
Ia juga menyaksikan kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang @ Tian Chua yang bertanding atas tiket Bebas selain Naganathan Pillai (Warisan) Mohd Zulkifli Abdul Fattah (Parti Rakyat Malaysia) serta peguam Siti Zabedah Kasim, yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim, serta Too Cheng Huat masing-masing bertanding sebagai calon bebas. – The Merdeka Times
