Terkini
Calon Melayu DAP ‘kuda tunggangan’ untuk pecah belah Melayu – Pakar Sejarah
Calon Melayu yang diberi peluang oleh parti tamak haloba, DAP untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) didakwa hanya menjadi ‘kuda tunggangan’ untuk memecah-belahkan orang Melayu.

- Calon Melayu yang diberi peluang parti tamak haloba, DAP untuk bertanding PRU15 didakwa hanya jadi ‘kuda tunggangan’ memecah-belahkan orang Melayu.
- Pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam mendakwa, DAP gunakan orang Melayu lebih-lebih lagi golongan muda yang tidak faham strategik politik parti.
- Katanya, pemimpin Melayu mendengar kata dan senang masuk perangkap sebab mereka menginginkan kuasa sehingga orang Melayu bergaduh sesama sendiri.
- “Bagi saya adakah kita akan menjadi seperti Singapura dengan dikuasai oleh PAP, pada masa depan jika kita tidak sedar itu yang akan berlaku,” katanya.
BANGI, 23 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Calon Melayu yang diberi peluang oleh parti tamak haloba, DAP untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) didakwa hanya menjadi ‘kuda tunggangan’ untuk memecah-belahkan orang Melayu.
Pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam mendakwa, DAP menggunakan orang Melayu lebih-lebih lagi golongan muda yang tidak faham strategik politik parti itu untuk bertanding pada pilihan raya.
“Sekarang pun DAP menggunakan orang Melayu. Parti itu tengah pecah-belahkan orang Melayu. Nampaknya pemimpin Melayu pun ikut cakap dan masuk dalam perangkap sebab mereka yang membantu pun nakkan kuasa.
“Apabila mereka mahukan kuasa, orang Melayu pun bergaduh sesama sendiri,” katanya seperti dipetik TV Pertiwi, hari ini.
Ditanya sama ada Malaysia akan menerima nasib sama seperti Singapura di mana Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang menggunakan pengaruh orang Melayu pada awal penubuhannya, Prof Ramlah tidak menolak kemungkinan itu.
“Bagi saya adakah kita akan menjadi seperti Singapura dengan dikuasai oleh PAP, pada masa depan jika kita tidak sedar itu yang akan berlaku,” katanya.
Selain itu, beliau turut mengingatkan ‘sejarah hitam’ DAP ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan dalam tempoh 22 bulan.
Antara isu kontroversi dilakukan pemimpin parti itu adalah perkataan agama digugurkan daripada kad pengenalan – kenyataan telah dinafikan – serta cadangan pembukaan sebuah kedutaan di Israel.
Sumber : Ismaweb

You must be logged in to post a comment Login