Terkini
Anwar yakin PH menang, ‘kubur’ politiknya tidak tersedia lagi
KAMPUNG GAJAH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin gabungan parti diketuainya bakal memenangi 112 kerusi untuk mendapat majoriti mudah dan membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

- Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin gabungan parti diketuainya bakal memenangi 112 kerusi membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
- “Kalau ikut data dan kajian saya, tiada mana-mana orang boleh menafikan PH sekarang mendahului jauh
- “Kalau niat mereka nak kuburkan saya (tamatkan karier politik), bukan mudah sebab kubur tak disediakan lagi,” – Datuk Seri Anwar Ibrahim
KAMPUNG GAJAH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin gabungan parti diketuainya bakal memenangi 112 kerusi untuk mendapat majoriti mudah dan membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presiden PKR yang juga calon PH bagi Parlimen Tambun itu menegaskan, tiada siapa boleh menafikan momentum PH ketika ini walaupun Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yakin gabungannya berupaya menawan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen.
“Dia yakin, kita pun yakin. Perkara ini mesti berdasarkan data dan kajian daerah setempat.
“Kalau ikut data dan kajian saya, tiada mana-mana orang boleh menafikan PH sekarang mendahului jauh,” katanya ketika ditemui dalam program Sembang Santai Parlimen Pasir Salak di Kampung Pasir Panjang dekat sini, hari ini.
Turut hadir calon PH bagi Parlimen Pasir Salak, Nik Omar Nik Aziz; dan calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampong Gajah, Mohd Syamsul Alauddin.
Anwar menyatakan komitmen untuk bekerja keras menawan kerusi Parlimen Tambun.
“Insya-Allah malam ini saya di Tambun. Saya usaha sedaya upaya.
“Kalau niat mereka nak kuburkan saya (tamatkan karier politik), bukan mudah sebab kubur tak disediakan lagi,” katanya.
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login