Terkini
Anwar fitnah Muhyiddin ‘bertubi-tubi’ selepas menyedari majoriti tidak sokong PH
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata, Anwar Ibrahim telah meningkatkan serangan terhadapnya selepas menyedari majoriti rakyat Malaysia tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) esok.

- Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerangnya ‘bertubi-tubi’ setelah menyedari majoriti rakyat Malaysia tidak menyokong PH pada PRU15.
- “Beliau telah membuat pelbagai dakwaan terhadap saya. Dia (Anwar) nampak parti dia tak dapat tarikan majoriti rakyat.
- “Jadi serang saya berhabis-habisan supaya saya jatuh dan dia boleh jadi perdana menteri,” katanya ketika berucap dalam Jelajah PN Best Final di Pagoh malam tadi.
- Anwar sebelum ini menuduh PN sebagai gabungan politik terkaya ketika ini kerana mendapat banyak projek berbilion ringgit ketika pandemik Covid-19.
PAGOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata, Anwar Ibrahim telah meningkatkan serangan terhadapnya selepas menyedari majoriti rakyat Malaysia tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) esok.
Beliau berkata, disebabkan itu, pengerusi PH itu kini ‘bertubi-tubi’ membuat serangan terhadapnya kerana mahu melihatnya tersungkur.
“Beliau telah membuat pelbagai dakwaan terhadap saya. Dia (Anwar) nampak parti dia tak dapat tarikan majoriti rakyat.
“Jadi serang saya berhabis-habisan supaya saya jatuh dan dia boleh jadi perdana menteri,” katanya ketika berucap dalam Jelajah PN Best Final di Pagoh malam tadi.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu menafikan segala dakwaan yang dibuat Anwar sebelum ini mengenai beliau ada mengambil tanah dan duit semasa menjadi menteri besar di Johor.
Tegasnya, dakwaan Anwar itu disifatkan sebagai fitnah.
“Allahi saya tak buat begitu, tuduhan Anwar merupakan satu fitnah. Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.
“Dia ada satu tahap ‘gaban’ dia… sudah ‘seriau’ bila hanya tinggal beberapa jam lagi orang nak mengundi,” katanya.
Dalam kempen PRU15, Anwar dilihat telah menyerang Muhyiddin dengan beberapa dakwaan.
Anwar sebelum ini menuduh PN sebagai gabungan politik terkaya ketika ini kerana mendapat banyak projek berbilion ringgit ketika pandemik Covid-19.
Presiden PKR itu mendakwa Muhyiddin yang menjadi perdana menteri ketika itu, mengeluarkan banyak projek tanpa tender kepada pihak tertentu.
Susulan itu, Muhyiddin mencabar Anwar mendedahkan penyata akaun partinya. Cabaran itu disahut Anwar dengan syarat calon PN Parlimen Pagoh itu melakukan perkara sama.
Sumber : Free Malaysia Today

You must be logged in to post a comment Login