Connect with us

Terkini

Akar umbi takut tegur, kritik pemimpin sebab taat setia ‘baiah’

Baiah adalah perjanjian dalam hal-hal menyokong perjuangan Islam yang telah dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW secara menyeluruh.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Akar umbi takut tegur, kritik pemimpin sebab taat setia ‘baiah’
Foto: Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain.
  • Baiah adalah perjanjian dalam hal-hal menyokong perjuangan Islam yang telah dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW secara menyeluruh.
  • Penganalisis politik, berkata, baiah mampu mengikat ahli-ahli pemimpin parti supaya tidak menyeberang ke parti lain. 
  • “Di sebalik kebaikannya, baiah ini juga memberikan kesan negatif kerana akan mewujudkan ketaksuban ataupun pemimpin parti tidak boleh mengkritik pemimpin, parti dan sebagainya,” 
  • “Bagi saya Akta Anti Lompat Parti itu sudah ada dan mencukupi, cuma parti-parti kalau mahu membuat baiah sendiri. Mungkin itu sebagai tambahan atau satu peraturan nak mengukuhkannya lagi.

KUALA LUMPUR – Baiah adalah perjanjian dalam hal-hal menyokong perjuangan Islam yang telah dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW secara menyeluruh.

Mereka yang berbaiah akan dikurniakan ganjaran pahala berlipat ganda oleh ALLAH SWT.

Secara amnya, ia terbahagi kepada dua iaitu baiah in’iqad dan baiah taat. Baiah in’iqad memberikan hak ketaatan kepada pemilik kekuasaan atau pemimpin. 

Manakala, baiah taat pula dalam situasi orang Islam memberikan sepenuh ketaatan kepada pemimpin terpilih.

Bagaimanapun, dalam konteks politik pada hari ini, perjanjian yang dilakukan tidak memenuhi 10 rukun seperti ditetapkan oleh syarak.

Antaranya, berilmu, ikhlas, amal, kesungguhan, pengorbanan, taat, teguh, persaudaraan, percaya dan jelas fikrah.

Penganalisis politik, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata, baiah mampu mengikat ahli-ahli pemimpin parti supaya tidak menyeberang ke parti lain. 

“Kita sedia maklum PAS ini ada satu sistem baiah yang mengikat ahli-ahli untuk setia pada parti politik. Sebenarnya baiah ini adalah kesetiaan kepada parti. 

“Berdasarkan pemerhatian saya, UMNO juga pernah cuba untuk menggunakan sistem ini dalam parti terutamanya untuk menjamin kesetiaan kepada parti. 

“Di sebalik kebaikannya, baiah ini juga memberikan kesan negatif kerana akan mewujudkan ketaksuban yang mungkin disebabkan baiah itu, ahli ataupun pemimpin parti tidak boleh mengkritik pemimpin, parti dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Tambahnya, baiah PAS dahulu dilihat ‘rigid’ seolah-olah membuatkan ahli dalam parti itu ekstrem terhadap parti secara melulu.

Sehingga tidak ada kritikan langsung yang menyebabkan parti tidak boleh disentuh disebabkan baiah telah diberikan.  

“Bagi saya Akta Anti Lompat Parti itu sudah ada dan mencukupi, cuma parti-parti kalau mahu membuat baiah sendiri. Mungkin itu sebagai tambahan atau satu peraturan nak mengukuhkannya lagi. 

“Parti kena sedia untuk terbuka menerima kritikan daripada parti-parti politik. UMNO cuba mengambil semangat baiah sebab ahli boleh setia kepada pemimpin parti. Bila unsur-unsur baiah ini ada dalam UMNO, pemimpin itu tidak boleh ditegur dan orang tak berani nak tegur sebab taat setia baiah. 

“Itu satu perkara yang tidak baik yang akan merosakkan parti itu sendiri untuk memastikannya terus relevan dan sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa,” ujarnya.

Author