Connect with us

Terkini

18 hingga 19 November cuti am serta ditawarkan tol percuma – PM

PUTRAJAYA – Jumaat dan Sabtu ini diisytiharkan sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan urusan rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

18 hingga 19 November cuti am serta ditawarkan tol percuma - PM
Foto: Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju tarikh pembayaran gaji penjawat awam bulan November diawalkan pada 17 November manakala bayaran pencen diawalkan pada 14 November.
  • “Ketiga, bagi memudahkan pengundi balik mengundi, kerajaan ingin memaklumkan 30 konsesi lebuh raya telah bersetuju menawarkan kadar tol percuma selama dua hari kepada para pengguna sempena PRU15,” – PM

PUTRAJAYA – Jumaat dan Sabtu ini diisytiharkan sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan urusan rakyat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan kerajaan juga bersetuju supaya tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam bagi bulan November diawalkan pada 17 November manakala bayaran pencen diawalkan pada 14 November.

“Ketiga, bagi memudahkan pengundi balik mengundi, kerajaan ingin memaklumkan 30 konsesi lebuh raya telah bersetuju menawarkan kadar tol percuma selama dua hari kepada para pengguna sempena PRU15,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author