Connect with us

Terkini

Mental rakyat makin parah, satu ‘loceng amaran’ buat kerajaan

Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Kelantan mahu kerajaan mengambil serius berhubung cubaan bunuh diri membabitkan tiga wanita di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu dan Jambatan Sultan Ismail Petra, Pasir Mas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mental rakyat makin parah, satu 'loceng amaran' buat kerajaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Kelantan mahu kerajaan mengambil serius berhubung cubaan bunuh diri membabitkan tiga wanita baru-baru ini.
  • Kejadian itu merupakan satu ‘loceng amaran’ kepada pihak berkuasa betapa tertekannya rakyat sehingga menjejaskan kesihatan mental mereka.
  • Sebanyak 1,660 kes bunuh diri direkodkan polis semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 31 Disember 2021.
  • Antara punca bunuh diri adalah disebabkan masalah kewangan, masalah kesihatan, tekanan emosi dan masalah keluarga.

KOTA BHARU – Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Kelantan mahu kerajaan mengambil serius berhubung cubaan bunuh diri membabitkan tiga wanita di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu dan Jambatan Sultan Ismail Petra, Pasir Mas.

Ketua AWAN, Dr Hafidzah Mustakim berkata, walaupun kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam, namun kejadian tersebut merupakan satu ‘loceng amaran’ kepada pihak berkuasa betapa tertekannya rakyat sehingga menjejaskan kesihatan mental mereka.

“Laporan Parlimen menunjukkan 1,660 kes bunuh diri direkodkan polis semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 31 Disember 2021 dan antara punca bunuh diri adalah disebabkan masalah kewangan, masalah kesihatan, tekanan emosi dan masalah keluarga.

“AWAN mendesak pihak kerajaan negeri supaya segera mencari jalan membantu mereka yang mengalami masalah dalam kehidupan.

“Exco kesihatan dan wanita serta kebajikan boleh bekerjasama dengan pakar serta agensi berkaitan untuk mencari mekanisme supaya rakyat yang terdesak ini tidak menjadikan jambatan sebagai tempat membunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau memberitahu, badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan juga boleh dilibatkan bagi menangani masalah kesihatan rakyat yang semakin meruncing.

Katanya, sudah tiba masanya bantuan khidmat psikososial sama ada secara semuka mahupun atas talian dipermudahkan agar boleh diakses oleh rakyat.

Dr Hafidzah menegaskan, kesihatan termasuk kesejahteraan mental adalah hak rakyat yang mesti dititikberatkan oleh kerajaan yang maju, adil, beramanah lagi rahmah buat semua warganya.

Cegah sebelum parah, bertindaklah untuk menyelamatkan satu jiwa kerana barang siapa yang menghidupkan nyawa, maka seumpama dia menghidupkan nyawa seluruh manusia- Al Maidah: ayat 32,”ujarnya.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *