Connect with us

Antarabangsa

Lelaki terkotor di dunia meninggal dunia akibat komplikasi merokok

Lelaki Iran yang dikenali sebagai “lelaki terkotor di dunia” kerana enggan mandi selama lebih separuh abad, meninggal dunia di usia 94 akibat komplikasi merokok.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki terkotor di dunia meninggal dunia akibat komplikasi merokok
Foto: Amou Haji meninggal dunia di usia 94.
  • Amou Haji, 94, meninggal dunia akibat komplikasi rokok.
  • Dia menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lalu di Kampung Dejgah, wilayah Fars di selatan Iran.
  • Dia tidak pernah mandi selama lebih separuh abad, percaya yang perbuatan itu membahayakan kesihatannya.
  • Nama Amou Haji menjadi terkenal selepas dia muncul dalam sebuah filem dokumentari bertajuk ‘The Strange Life of Amou Haji’ pada 2013.

Lelaki Iran yang dikenali sebagai “lelaki terkotor di dunia” kerana enggan mandi selama lebih separuh abad, meninggal dunia di usia 94 akibat komplikasi merokok.

Media Iran melaporkan Amou Haji yang tidak mahu mandi kerana takut dijangkiti penyakit, menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lalu di Kampung Dejgah di wilayah Fars, selatan Iran.

Seorang pegawai tempatan berkata Haji percaya yang mandi dan menjaga kebersihan membahayakan kesihatannya, maka dia  mengelak perbuatan itu selama beberapa dekad. 

Setiap kali selesema, dia hanya akan memakai topi dan menghisap sejumlah besar rokok pada satu masa.

Dia juga tidak pernah berkahwin akibat kekecewaan di masa mudanya

Nama Amou Haji menjadi terkenal selepas dia muncul dalam sebuah filem dokumentari bertajuk ‘The Strange Life of Amou Haji’ pada 2013.

Apabila doktor di negara itu membuat pemeriksaan kesihatan terhadapnya, mereka mendapati dia tidak mengidap sebarang penyakit parasit.

Mereka yang pernah meluangkan masa bersamanya menyifatkan Haji seorang penyayang walaupun kelihatan menakutkan. 

Lelaki itu juga tidak pernah menyakiti sesiapa pun.

Sumber: Middle East Monitor

Author