Connect with us

Antarabangsa

Lelaki hindu kasta atas gantung kanak-kanak Dalit di dalam perigi

Seorang kanak-kanak Dalit berusia lapan tahun digantung di dalam perigi oleh seorang lelaki Hindu kasta atas ekoran disyaki mencuri telefon bimbit lelaki itu, demikian lapor Maktoob Media. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki hindu kasta atas gantung kanak-kanak Dalit di dalam perigi
Foto: Seorang kanak-kanak Dalit berusia lapan tahun digantung di dalam perigi oleh seorang lelaki Hindu.
  • Seorang kanak-kanak Dalit berusia lapan tahun digantung di dalam perigi oleh seorang lelaki Hindu kasta atas.
  • Kanak-kanak itu digantung berikutan dituduh mencuri telefon bimbit lelaki Hindu tersebut.
  • Bagaimanapun, lelaki Hindu kasta atas itu telah didakwa atas tuduhan cubaan membunuh.

Seorang kanak-kanak Dalit berusia lapan tahun digantung di dalam perigi oleh seorang lelaki Hindu kasta atas ekoran disyaki mencuri telefon bimbit lelaki itu, demikian lapor Maktoob Media. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Ahad lalu di kampung Aktoha iaitu 35 kilometer dari pusat daerah Chhatarpur.

Rakaman video dari Chhatarpur Madhya Pradesh, India, menunjukkan kanak-kanak Dalit itu dalam keadaan takut sambil merayu mengatakan dia tidak bersalah dan memohon diselamatkan, namun tindakan kanak-kanak itu hanyalah sia-sia.

Bagaimanapun, lelaki Hindu kasta atas itu, Ajeet Rajput, 31, ditangkap dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh.

“Satu kes di bawah IPC 308 dan Akta SC & ST (Pencegahan Kekejaman) telah didaftarkan terhadap tertuduh atas aduan daripada keluarga kanak-kanak itu pada hari sama. Lelaki itu ditangkap dan dihadapkan di mahkamah,” kata Supritendan Chhatarpur, Sachin Sharma kepada pemberita.

Ekoran video itu tular di media sosial, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Madhya Pradesh mendapatkan laporan daripada Polis Chhatarpur mengenai kejadian itu. 

Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.

Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India. 

Sumber: Maktoob Media

Author