Terkini
Amang seksual Safiey Ilias terhadap remaja lelaki jenayah serius – peguam
Bermula 24 hingga 27 Julai 2023, perbicaraan terhadap kes amang seksual, Mohd Saifuddin Ilias atau Safiey Ilias akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ampang seperti yang ditetapkan.

- Bermula 24 hingga 27 Julai 2023, perbicaraan terhadap kes amang seksual, Mohd Saifuddin Ilias atau Safiey Ilias akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ampang seperti yang ditetapkan.
- Safiey didakwa atas dua pertuduhan menggoyang-goyangkan payudaranya di hadapan seorang remaja lelaki melalui aplikasi Instagram.
- Peguam serta Exco Belia dan Media WAFIQ, Nur Farihah Meor Mazli, berkata, WAFIQ berperanan untuk menyebar luas fahaman bahawa perbuatan yang dilakukan transgender itu adalah jenayah serius yang melibatkan kanak-kanak.
- “Kita khuatir sekiranya pempengaruh apatah lagi seorang transgender mengeluarkan kenyataan berbentuk lucah dan seksual di media sosial.
AMPANG – Bermula 24 hingga 27 Julai 2023, perbicaraan terhadap kes amang seksual, Mohd Saifuddin Ilias atau Safiey Ilias akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ampang seperti yang ditetapkan.
Safiey didakwa atas dua pertuduhan menggoyang-goyangkan payudaranya di hadapan seorang remaja lelaki melalui aplikasi Instagram.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di kediaman Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9 Jun 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-dua jika disabit kesalahan.
Menurut Peguam serta Exco Belia dan Media WAFIQ, Nur Farihah Meor Mazli, WAFIQ berperanan untuk menyebar luas fahaman bahawa perbuatan yang dilakukan transgender itu adalah jenayah serius yang melibatkan kanak-kanak.
“Sekiranya perkara ini berlarutan, kita tidak mampu untuk menyekat kes jenayah seksual yang semakin membimbangkan – yang mempunyai elemen ideologi LGBT.
“Kita khuatir sekiranya pempengaruh apatah lagi seorang transgender mengeluarkan kenyataan berbentuk lucah dan seksual di media sosial.
“Perkara ini sepatutnya perlu segera dibanteras kerana tidak mahu songsang LGBT terus menular,” katanya kepada Ismaweb.net.
Sumber: ismaweb

You must be logged in to post a comment Login