Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] ‘Smart shooter’ dipasang zionis untuk tembak rakyat Palestin pada bila-bila masa

Tentera rejim zionis Israel memasang senjata automatik ‘smart shooter’ di pintu masuk Jalan Al Shuhada di bandar Hebron, Tebing Barat untuk mengancam dan menakutkan warga Palestin di kawasan itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] ‘Smart shooter’ dipasang zionis untuk tembak rakyat Palestin pada bila-bila masa
Foto: 'Smart shooter' yang dipasang di pintu masuk di bandar Hebron, Tebing Barat.

Hebron – Tentera rejim zionis Israel memasang senjata automatik ‘smart shooter’ di pintu masuk Jalan Al Shuhada di bandar Hebron, Tebing Barat untuk mengancam dan menakutkan warga Palestin di kawasan itu.

Menerusi hantaran video Instagram Louyalsaeed, senjata automatik itu dipasang minggu lalu dan menunjukkan betapa kehidupan penduduk Hebron yang sentiasa di bawah tekanan dan kawalan rejim Israel.

Pemasangan ‘smart shooter’ tentunya mengancam keselamatan warga Palestin di kawasan itu. 

“Senjata ini lebih menakutkan mereka (rakyat Palestin) dan berbahaya kepada semua orang awam Palestin yang tinggal di kawasan itu.

“Senjata ini biasanya digunakan di kawasan sempadan tetapi kini digunakan di kota Al Khalil (Hebron) yang mempunyai kepadatan penduduk,” kata Louy al Saeed dalam hantaran IG itu.

Kawasan terbabit merupakan ‘checkpoint’ rejim penjajah Israel yang digunakan lebih 200 warga Palestin setiap hari, termasuk kanak-kanak yang pergi ke sekolah. 

Beratus-ratus rakyat Palestin melewati kawasan itu setiap hari untuk ke tempat kerja, rumah dan sekolah dengan ramai warga Palestin dibunuh di kawasan itu. 

Bayangkan senjata automatik bersedia untuk menembak anda setiap masa? Bolehkah anda bayangkan hidup seperti ini? Kami berharap ia tidak benar, tetapi inilah kehidupan kami,” kata warga Palestin itu.

Sumber: Instagram Louyalsaeed

Author