Komuniti
Percaya duit mempunyai ‘energy’, wanita ini kongsi cara bercakap dengan duit
Tular di media sosial berkenaan dakwaan seorang wanita yang dikatakan mengajar orang ramai berkenaan cara bercakap dengan wang ringgit susulan wanita itu percaya bahawa duit mempunyai ‘energy’ yang tersendiri.

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial berkenaan dakwaan seorang wanita yang dikatakan mengajar orang ramai berkenaan cara bercakap dengan wang ringgit susulan wanita itu percaya bahawa duit mempunyai ‘energy’ yang tersendiri.
Menurut video yang disiarkan, wanita itu berkata bahawa setiap entiti dalam kehidupan mempunyai ‘energy’ termasuklah duit.
“Wahai duit mu ajaklah kawan-kawan mu yang banyak itu, datang sini beramai-ramai masuk ke dalam dompet saya, akaun saya,” katanya dalam hantaran video tersebut.
View this post on Instagram
Bagaimanapun menurut kenyataan seorang pengguna Facebook, Masri Ramli berkata dakwaan seperti itu adalah pengaruh ‘Law of Attraction’ yang masuk tanpa sedar dalam masyarakat.
“Jadi kena selalu cakap-cakap dengan duit, Cium duit, Simpan duit di tempat elok-elok, kalau dompet lusuh kena tukar yang elok.
“Sebab itu ada pakcik makcik yang masuk program motivasi, disuruh cium duit dalam program tu. Sebab tu ada kakak yang ajar ‘positif’ suruh cakap dengan duit paling besar nilai yang kita ada, minta duit tu ajak kawan-kawan dia datang.
Dalam pada itu, Masri berkata bahawa tindakan itu yang cuba dikaitkan dengan ajaran Islam adalah suatu cara bagi merosakkan akidah umat Islam.
“Ini bukan ajaran Islam, ini semua berasal daripada ajaran ‘Law of Attraction’ yang membawa kepada akidah kufur. Akarnya kekufuran, syirik, jadi jangan cuba bawa masuk ke dalam umat Islam.
“Lebih teruk, perkara merepek karut sebegini cuba diIslamkan. Lalu diajarlah untuk ‘ruqyah’ duit yang ada, amalan ibu duit lah, dan lain-lain,” katanya.
Sumber: Facebook
