Connect with us

Terkini

PAS tetap pilih bersama UMNO & Bersatu

Pas tetap mahu bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi agenda penyatuan ummah walaupun menerima pelbagai cercaan dan kata-kata negatif.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PAS tetap pilih bersama UMNO & Bersatu
Foto: Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.
  • Walaupun menerima cercaan dan kata negatif, Pas tetap bersama UMNO dan Bersatu bagi merealisasi agenda penyatuan ummah.
  • Perpaduan aspek penting yang perlu diberi perhatian agar tidak mengulangi kejadian keputusan PRU 14.
  • “Kalau kita asyik bercakap tentang perebutan kuasa dan jawatan, apa akan terjadi pada anak cucu kita pada masa akan datang?,” – Datuk Idris Ahmad.

ALOR SETAR – Pas tetap mahu bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi agenda penyatuan ummah walaupun menerima pelbagai cercaan dan kata-kata negatif.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas telah menetapkan naratif berkenaan daripada hanya memilih antara satu untuk didampingi ketika ini.

Katanya, ia adalah usaha ke arah mengutamakan perpaduan demi masa depan generasi akan datang.

“Wartawan selalu tanya, Pas nak pilih yang mana, Bersatu ka UMNO? dak, kami pilih dua-dua.

“Setakat hari ini naratif itulah keputusan yang ada pada kita, biar rakyat menilai, biar rakyat mencerca, perli macam-macam sekalipun, kita tetap nyatakan perpaduan ini penting,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Ijtimak Pilihan Raya Pas Pusat di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini pada Sabtu.

Menurut Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), aspek perpaduan amat perlu diberi perhatian kerana perpecahan yang berlaku mungkin akan mengulangi kejadian pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kalau kita asyik bercakap tentang perebutan kuasa dan jawatan, apa akan terjadi pada anak cucu kita pada masa akan datang?

“Kalau berlaku perpecahan dalam kalangan kita, adakah dah terhantuk baru nak tengadah? Fikirkan tentang itu kerana kita tidak mahu apa yang berlaku dalam PRU14 berulang lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Idris berkata, di pihak Pas, mereka telah melancarkan jentera dan beliau percaya, masing-masing sudah pun melakukan tugas dalam setiap aspek di semua peringkat.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *