Antarabangsa
Dirogol dan dibakar, Gadis Dalit meninggal dunia di Lucknow, India
Seorang gadis India berusia 16 tahun yang didakwa dirogol beramai-ramai dan dibakar dua lelaki meninggal dunia di sebuah hospital di Lucknow, kata polis kepada AFP semalam.

- Seorang gadis India berusia 16 tahun yang didakwa dirogol beramai-ramai dan dibakar dua lelaki meninggal dunia di sebuah hospital di Lucknow, India, semalam.
- Gadis itu adalah seorang Dalit, kelompok paling rendah dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India.
- Kematiannya pada Isnin lalu berlaku kurang seminggu selepas dua beradik Dalit, berusia 15 dan 17 tahun, ditemui tergantung di pokok selepas didakwa diserang secara seksual dan dibunuh enam lelaki.
- Hampir 32,000 kes rogol dilaporkan di India pada 2021 berdasarkan statistik dikeluarkan kerajaan, namun angka sebenar kes dikatakan lebih tinggi tetapi tidak dilaporkan.
INDIA – Seorang gadis India berusia 16 tahun yang didakwa dirogol beramai-ramai dan dibakar dua lelaki meninggal dunia di sebuah hospital di Lucknow, kata polis kepada AFP semalam.
Gadis itu adalah seorang Dalit, kelompok paling rendah dalam sistem kasta masyarakat Hindu, golongan yang mengalami tahap keganasan seksual tidak seimbang di dalam negara dengan kadar jenayah tinggi terhadap wanita.
Kematiannya pada Isnin lalu berlaku kurang seminggu selepas dua beradik Dalit, berusia 15 dan 17 tahun, ditemui tergantung di pokok selepas didakwa diserang secara seksual dan dibunuh enam lelaki.
Kedua-dua insiden itu berlaku di negeri miskin di utara India, Uttar Pradesh yang menempatkan kira-kira 230 juta populasi di mana jenayah sama kerap dilaporkan dan menjadi tajuk utama.
Dalam kes sebelum ini, keluarga dari kasta rendah diugut atau diserang untuk menghentikan mereka dari memberi keterangan.
Aktivis berkata polis gagal untuk mengambil tindakan serius terhadap dakwaan dibuat masyarakat terpinggir itu dan mereka tidak mendapat bantuan dan hak undang-undang sewajarnya, demikian laporan The Straits Times.
Tahun lalu, tindakan pihak berkuasa Uttar Pradesh membakar dengan segera mayat mangsa rogol Dalit yang dibunuh seorang lelaki Hindu kasta atas, mencetuskan kemarahan ramai pihak.
Hampir 32,000 kes rogol dilaporkan di India pada 2021 berdasarkan statistik dikeluarkan kerajaan, namun angka sebenar kes dikatakan lebih tinggi tetapi tidak dilaporkan.
Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.
Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.
Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.
Sumber: The Straits Times
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa4 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah