Antarabangsa
Anggap ‘seks adalah seni’ , ‘Godfather’ industri filem China bangga tidur dengan 100 pelajar
Gelombang baharu gerakan #MeToo melanda China ekoran lebih 20 individu mendakwa seorang jurulatih filem dan lakonan terkenal melakukan serangan seksual ke atas pelajarnya, sebahagiannya bawah umur, sejak 15 tahun lalu.

- Polis Beijing siasat tuduhan ke atas Du Yingzhe, 40, ketua sekolah lakonan dan pengajian filem terkenal Yinglook yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap pelajarnya, sebahagiannya bawah umur, sejak 15 tahun lalu.
- Du menggelar dirinya sebagai “godfather of the film industry” dan bermegah “tidur dengan 100 pelajar”.
- Insiden serangan seksual itu terbongkar selepas pelajar di Akademi Filem Beijing (BFA) dan pempengaruh bernama Shi Ziyi mendakwa di alam maya bahawa Du mengganggu atau menyerang pelajarnya secara seksual, termasuk dirinya sejak memasuki industri itu pada 2007.
- Susulan perkongsian Shi yang tular di Weibo, 20 bekas pelajar dan rakan sekerja lain turut tampil ke hadapan pada Selasa dengan membuat dakwaan sama.
- “Du Yingzhe cuba membuat kami percaya bahawa seks sama dengan seni, tanpa seks tiada seni, dan tiada sekolah seni akan menerima kami,” kata seorang mangsa Du.
- Du memohon maaf kepada mangsa, namun mempertahankan tindakannya itu sebagai “kaedah pengajaran kontroversi tetapi berkesan”.
Gelombang baharu gerakan #MeToo melanda China ekoran lebih 20 individu mendakwa seorang jurulatih filem dan lakonan terkenal melakukan serangan seksual ke atas pelajarnya, sebahagiannya bawah umur, sejak 15 tahun lalu.
Polis Beijing kini sedang menyiasat dakwaan itu yang dibuat terhadap Du Yingzhe, 40, ketua sekolah lakonan dan pengajian filem Yinglook, yang turut menggelar dirinya sebagai “the godfather of the film industry” dan bermegah telah “tidur dengan 100 pelajar”.
Insiden serangan seksual itu terbongkar selepas pelajar di Akademi Filem Beijing (BFA) dan pempengaruh bernama Shi Ziyi mendakwa di alam maya bahawa Du mengganggu atau menyerang pelajarnya secara seksual, termasuk dirinya sejak memasuki industri itu pada 2007.
Shi mendakwa mangsa termasuklah seorang remaja yang mendakwa mengandungkan anak Du ketika dia berusia 17 tahun.
Susulan perkongsian Shi yang tular di Weibo, 20 bekas pelajar dan rakan sekerja lain turut tampil ke hadapan pada Selasa dengan membuat dakwaan sama.
Seorang mangsa mendakwa, “Du Yingzhe cuba membuat kami percaya bahawa seks sama dengan seni, tanpa seks tiada seni, dan tiada sekolah seni akan menerima kami.”
“Terdapat begitu ramai orang melakukan perkara yang menjijikkan atas nama seni. Bagi mangsa, menjadi cantik menjadi satu beban,” demikian komen seorang pengguna Weibo.
Shi, yang mempunyai pengikut 1.5 juta pengikut di Weibo, dilatih di Yinglook sebelum diterima masuk ke BFA, mengatakan dia memutuskan untuk bersuara selepas mendapati bekas rakan sekelasnya juga diganggu secara seksual oleh Du
“Du secara fizikal akan mengganggu setiap pelajar yang dia suka. Sebaik sahaja dia mendapati gadis itu penakut dan tidak cukup berani untuk melawan, dia akan memaksanya melakukan hubungan seks,” kata Shi dipetik South China Morning Post
Du, yang juga mempunyai ijazah sarjana muda dan sarjana dari BFA, memohon maaf kepada, “mereka yang telah terluka”, namun mempertahankan tindakannya yang disifatkan sebagai “kaedah pengajaran kontroversi tetapi berkesan”.
“Terdapat maklumat palsu dalam tuduhan itu tapi saya tidak akan menafikannya lagi. Apa yang salah tetap salah,” katanya menurut tangkap layar reaksi balasnya yang terkini dikongsikan Shi di Weibo.
Polis Beijing menemubual Shi dan berikrar menjalankan siasatan mereka secara saksama selepas dakwaan itu menarik perhatian ramai.
Sumber : South China Morning Post
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah