Connect with us

Terkini

17 pemain MUFC tidak dibayar gaji tiga bulan

Masalah gaji yang melanda Melaka United FC (MUFC), seolah tiada kesudahan selepas Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan tunggakan gaji membabitkan skuad Kancil itu sudah mencecah tiga bulan.

Wartawan TMT

Published

on

17 pemain MUFC tidak dibayar gaji tiga bulan
Foto: Melaka United FC (MUFC).
  • Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia sahkan berlaku tunggakan gaji Melaka United FC (MUFC).
  • PFAM hantar notis kepada MUFC untuk menjelaskan tunggakan dan kes telah dibawa ke peringkat FAM serta bakal dibincangkan di Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC).
  • PFAM gesa penepatan tarikh perbicaraan di NDRC dipercepatkan untuk proses pembelaan dapat dijalankan.
  • “Pihak kelab dinasihatkan menghormati obligasi dipersetujui di dalam kontrak agar dapat menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak,” – PFAM
  • 17 pemain MUFC melaporkan berdepan tunggakan gaji bagi bulan Jun dan Julai serta baki bayaran bagi Januari 2022.

Masalah gaji yang melanda Melaka United FC (MUFC), seolah tiada kesudahan selepas Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan tunggakan gaji membabitkan skuad Kancil itu sudah mencecah tiga bulan.

PFAM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil serius masalah tunggakan gaji yang dihadapi pemain dan akan membantu untuk membela hak pemain dari masa ke masa.

“PFAM sudah mengambil tindakan untuk menghantar notis kepada MUFC bagi menjelaskan tunggakan berkenaan dan perkara ini sudah dibawa ke peringkat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Sehingga hari ini, pihak PFAM masih menunggu agar suatu tarikh ditetapkan oleh FAM bagi membincangkan perkara ini di Majlis Penyelesaian Resolusi Kebangsaan (NDRC).

“PFAM juga menggesa agar penetapan tarikh perbicaraan di NDRC dipercepatkan agar proses pembelaan dapat dijalankan dengan segera.

“Pihak kelab dinasihatkan agar sentiasa menghormati obligasi yang sudah dipersetujui di dalam kontrak agar dapat menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak,” kata persatuan itu.

Sebelum ini, PFAM sudah menerima laporan daripada 17 pemain MUFC mengenai isu tunggakan gaji yang sedang dihadapi mereka bagi bulan Jun dan Julai serta baki bayaran bagi Januari 2022.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending