Connect with us

Antarabangsa

Tunduk dengan LGBTQ, Singapura ‘menyahjenayahkan’ hubungan seks songsang

Singapura akan ‘menyahjenayahkan’ seks sesama lelaki tetapi tidak mempunyai perancangan mengubah takrifan undang-undang bahawa perkahwinan adalah antara lelaki dan wanita, kata Perdana Menterinya, Lee Hsein Loong semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Tunduk dengan LGBTQ, Singapura ‘menyahjenayahkan’ hubungan seks songsang
Foto: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong.
  • Di bawah undang-undang sedia ada lelaki boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan seks gay.
  • Seksyen 377A Kanun Keseksaan Singapura itu bagaimanapun tidak dikuatkuasakan secara aktif.
  • Perdana Menteri Lee Hsein Loong berkata masyarakat Singapura, terutama golongan muda, semakin menerima golongan gay di negara itu.
  • Singapura bagaimanapun tidak mempunyai perancangan mengubah takrifan undang-undang republik itu bahawa definisi perkahwinan adalah antara lelaki dan wanita.

SINGAPURA – Singapura akan ‘menyahjenayahkan’ seks sesama lelaki tetapi tidak mempunyai perancangan mengubah takrifan undang-undang bahawa perkahwinan adalah antara lelaki dan wanita, kata Perdana Menterinya, Lee Hsein Loong semalam.

Dalam ucapan perhimpunan hari kebangsaan tahunan, Lee berkata masyarakat Singapura terutama golongan muda semakin menerima golongan gay di negara itu.

“Saya percaya ini tindakan wajar dan sesuatu yang akan diterima rakyat Singapura,” kata Lee dipetik agensi berita Reuters.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada Seksyen 377A, undang-undang era kolonial yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki itu, akan dimansuhkan ataupun sebaliknya.

Singapura kini menjadi antara negara Asia yang menuju ke arah penamatan diskriminasi terhadap komuniti LGBTQ. 

Mahkamah tertinggi India membatalkan larangan terhadap seks songsang pada 2018, manakala Thailand pula semakin hampir untuk membenarkan hubungan sesama jenis.

Di bawah Seksyen 377A Singapura, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun, tetapi undang-undang itu tidak dikuatkuasakan secara aktif. 

Tiada sabitan bagi kes seks antara lelaki dewasa (dengan persetujuan) selama beberapa dekad dan undang-undang itu juga tidak memasukkan seks sesama wanita atau jantina lain. 

Komuniti LGBTQ sebelum ini mencabar undang-undang itu supaya dibatalkan, tetapi gagal.

Komuniti LGBTQ di Singapura juga dilaporkan menyambut baik keputusan Lee untuk menyahjenayahkan seks sesama lelaki, namun tetap menzahirkan kebimbangan bahawa penolakan pengiktirafan perkahwinan sejenis akan mengekalkan diskriminasi.

Sumber: Reuters

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

90 terbunuh, 300 cedera Israel bedil “zon selamat” Al-Mawasi

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.
  • Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.
  • Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.
  • Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.

Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

“Tentera pendudukan melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan mengebom kem orang ramai yang terusir di kawasan Al-Mawasi di Khan Younis… (dengan mangsanya) melibatkan individu dan pegawai dari Pertahanan Awam, menurut kiraan awal,” katanya.

Al Jazeera melaporkan lebih 38,443 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 88,481 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending