Connect with us

Terkini

Oktoberfest : “Saya sokong sebab ramai akan perlukan perkhidmatan guaman saya..”- Apek Cina

Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How menyokong Oktoberfest kerana festival itu akan menyebabkan lebih ramai memerlukan perkhidmatannya sebagai seorang peguam apabila terlibat dalam jenayah melibatkan kesan minum arak iaitu mabuk.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tai Zee How
Foto: Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai Apek Cina.
  • Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How menyokong Oktoberfest kerana festival itu akan menyebabkan lebih ramai memerlukan perkhidmatannya sebagai seorang peguam apabila terlibat dalam jenayah melibatkan kesan minum arak iaitu mabuk.
  • Peguam itu turut menyenaraikan beberapa kes yang berkemungkinan akan berlaku apabila Oktoberfest dijalankan.
  • “Bagi yang disabit hukuman, nikmatilah kehidupan sementara di penjara. I’m not joking. Saya pernah kendalikan kes-kes di atas. Jaringan ada yang tidak kesal minum setelah disabit hukuman.”
  • Kamu nak mabuk dan cedera diri sendiri itu hal kamu, namun diingatkan bahawa arak membawa padah kepada keluarga, masyarakat dan orang lain yang tidak berdosa.

Kuala Lumpur – “Pasal Oktoberfest ini, sebagai peguam, saya sokong sepenuhnya.”

Pandangan sinikal itu dilontarkan Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Menurut beliau, tanda sokongan itu diutarakan kerana perkhidmatannya sebagai guaman pasti akan diperlukan di masa akan datang apabila Oktoberfest dijalankan.

Beliau turut menyenaraikan beberapa kes yang akan memerlukan perkhidmatannya kelak: 

  1. Memandu mabuk – S45A Akta Pengangkutan Jalan
  2. Memandu mabuk menyebabkan kerosakan harta, kecederaan dan kematian – S41- 44 Akta Pengangkutan Jalan
  3. Memukul orang ( setelah mabuk ) – S323-326 Kanun Keseksaan
  4. Cakap besar dan ugut orang ( setelah mabuk ) -S506 Kanun Keseksaan
  5. Mencabuli kehormatan wanita ( setelah mabuk ) – S354 Kanun Keseksaan
  6. Mengeluarkan kata-kata atau Isyarat tangan yang mencabuli kehormatan wanita (setelah mabuk)  – S 509 Kanun Keseksaan
  7. Gaduh-gempar ( setelah mabuk ) – S159 Kanun Keseksaan

Namun, ternyata tanda sokongan itu hanyalah satu sindiran halus yang diberikan buat mereka yang menyokong Oktoberfest.

Terdahulu, menteri agama, Idris Ahmad yang menyatakan perbuatan menjadikan minuman arak ini sebagai pesta dan dibuat secara terbuka kepada masyarakat awam tidak sepatutnya dibenarkan.

Katanya, semua pihak sewajarnya menghormati peraturan dan undang-undang negara Malaysia yang berasaskan Islam sebagai agama persekutuan.

“Arak menyebabkan keganasan rumah tangga, kemalangan jalan raya, kemiskinan, pergaduhan, masalah kesihatan dan juga prestasi kerja,” kata Idris Ahmad.

Namun, kenyataan itu dibidas oleh beberapa pihak antaranya meminta menteri agama itu agar tidak masuk campur di dalam hal ehwal budaya, kehidupan dan perniagaan masyarakat bukan Islam.

Mengulas lanjut, peguam itu berkata bahawa sebelum ini beliau pernah mengendalikan kes-kes yang disenaraikan di atas namun malangnya wujud segelintir individu yang langsung tidak menunjukkan rasa kesal kerana meminum arak setelah disabit hukuman.

“Bagi yang disabit hukuman, nikmatilah kehidupan sementara di penjara. I’m not joking.

Saya pernah kendalikan kes-kes di atas. Jaringan ada yang tidak kesal minum setelah disabit hukuman.

Sebagai seorang rakyat biasa, kamu ada hak untuk minum.

Kamu nak mabuk dan cedera diri sendiri itu hal kamu,” katanya yang turut tegas mengingatkan bahawa arak membawa padah kepada keluarga, masyarakat dan orang lain yang tidak berdosa.

Tai Zee How berkata sebelum ini beliau juga pernah dicederakan individu yang mabuk bahkan pernah membantu mereka yang menjadi mangsa keganasan keluarga akibat mabuk.

Juga, pernah melihat kecederaan dan kematian yang diakibatkan oleh memandu mabuk.

Bagaimanapun, peguam itu turut menyelitkan permohonan maaf kerana bercakap sedemikian.

“Maafkan saya jika kalau saya cakap demikian. Korang tak pernah bantu mangsa mabuk, korang baik diam sahaja,” katanya pada Selasa.

Sumber : Facebook Ulasan Apek Cina

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *