Antarabangsa
Drama kemerdekaan sekolah di India jadikan lelaki Islam berkopiah sebagai watak pengganas
Drama Hari Kemerdekaan dipersembahkan pelajar sekolah Punjab yang menggambarkan seorang lelaki Islam sebagai pengganas telah mencetuskan perbalahan.
- Sempena hari kemerdekaan India, pelajar sekolah Punjab membuat pementasan sekolah dengan menggambarkan seorang lelaki Islam sebagai pengganas sehingga mencetuskan perbalahan.
- Sekolah dekat Jalandhar di Punjab itu didakwa membuat persembahan yang menggambarkan seorang lelaki Islam memakai kopiah sebagai pengganas.
- Kongres menuntut permohonan maaf daripada Parti Aam Aadmi (AAP) dengan mengatakan bahawa drama itu telah menggambarkan seluruh masyarakat Islam sebagai pengganas.
Drama Hari Kemerdekaan dipersembahkan pelajar sekolah Punjab yang menggambarkan seorang lelaki Islam sebagai pengganas telah mencetuskan perbalahan.
Semasa sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di kawasan perhimpunan Bhulath dekat Jalandhar di Punjab, pelajar sekolah mengadakan pementasan drama yang didakwa menggambarkan seorang lelaki Islam memakai kopiah sebagai pengganas, sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai.
Kongres menuntut permohonan maaf daripada Parti Aam Aadmi (AAP) dengan mengatakan bahawa pementasan drama itu telah menggambarkan seluruh masyarakat Islam sebagai pengganas.
Terdahulu, pada Isnin, presiden sementara kongres Sonia Gandhi menyasarkan kerajaan pusat dan berkata pihak terbabit cuba memburukkan pemimpin Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru untuk meneruskan propaganda politik.
Beliau juga berkata bahawa kerajaan pusat juga cuba memperkecilkan pengorbanan tentera India semasa perjuangan kemerdekaan.
Sumber: India Today