Connect with us

Terkini

EKSKLUSIF: Surat terbuka untuk Rizal Van Geyzel (Crackhouse Comedy) – Firdaus Wong, Pendakwah Bebas

Atas semangat saudara seislam, pendakwah bebas, Firdaus Wong telah membuat surat terbuka kepada beliau.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Firdaus Wong dan Rizal Van Geyzel
Foto: Firdaus Wong dan Rizal Van Geyzel

KUALA LUMPUR – Rentetan kontroversi melibatkan wanita hina Islam semasa membuat persembahan komedi di Crackhouse Comedy Club, pengasasnya Rizal Van Geyzel juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan kecaman masyarakat.

Atas semangat saudara seislam, pendakwah bebas, Firdaus Wong telah membuat surat terbuka kepada beliau.

Terdahulu, pendakwah bebas tersebut antara agamawan yang terawal mengeluarkan nasihat dan berpandangan tindakan wanita tersebut bersifat menghina diri sendiri bukannya agama Islam.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Firdaus menyenaraikan 17 perkara dalam surat tersebut yang ditujukan kepada Rizal.

Berikut merupakan isi kandungan surat terbuka tersebut.

Surat terbuka buat Rizal Van Geyzel (Crackhouse)

Kepada saudara seagamaku, Rizal

1. Selama ini saya dan mungkin majoriti rakyat Malaysia tidak mengetahui akan kewujudan Crackhouse Comedy Club yang diasaskan oleh Rizal sehinggalah tularnya video seorang wanita menghina Islam pada Sabtu, 9 Julai iaitu 9 Dzullhijjah, Hari Arafah di Malaysia. (https://themerdekatimes.com/…/buat-komedi-separuh…/)

2. Pada hari yang sama, Crackhouse membuat laporan polis walaupun video kejadian telah dimuat naik tiga minggu lepas dan Crackhouse tidak membuat sebarang laporan polis ke atas wanita itu walaupun sedar tindakannya itu salah.

3. Rizal & Crackhouse tidak seharusnya melepaskan tangan dan lari dari tanggung jawab dengan meletakkan semua kesalahan pada wanita & suami/bf dia semata-mata kerana kakitangan anda sebagai saksi boleh membuat laporan lebih awal sebagai ‘cover report’.

4. Keesokan harinya iaitu pada 10 Julai, telah terbit satu wawancara antara The Vibes & Rizal (https://www.thevibes.com/…/we-were-shocked-says…) dan ada beberapa perkara yang disebut saudaraku, Rizal yang menarik perhatian saya tetapi saya hanya ingin fokus satu sahaja iaitu;

“…We, however, make sure our newbies know that insulting royalty or religions is off-limits.””

5. Lega mendengar bahawa menghina agama dan institusi diraja adalah dilarang namun adakah saudaraku Rizal tertinggal untuk menyebut menjadikan bangsa/kaum juga dilarang atau sebenarnya ianya OK bagi Crackhouse?

6. Semalam juga telah tular satu video di mana saudaraku Rizal membuat persembahan dalam Bahasa Tamil dan memerli orang Melayu?

(https://themerdekatimes.com/…/tahu-tak-kenapa-saya…/)

7. Malahan semakan saya di Twitter yang dinisbahkan kepada saudaraku Rizal @rizalvangeyzel juga mendapati ada beberapa ciapan yang sinis terhadap Islam & Melayu saya tidak nampak ciapan yang sinis terhadap agama mahupun bangsa lain (Saya tidak bermaksud Rizal perlu dan patut buat perkara itu)

8. Saya berlaku adil dengan Rizal dengan melihat sendiri majoriti ciapan dari Twitter dan mungkin saya terlepas ciapan lain yang menjadikan agama mahupun bangsa lain sebagai gurauan.

9. Saya juga dapati bahawa saudaraku Rizal seorang yang baik hati dan pemurah dengan melakukan beberapa aktiviti kebajikan ketika PKP. Tahniah dan syabas.

10. Kita berdua adalah saudara seagama & sebaya kerana kita berdua dilahirkan pada tahun yang sama. Namun, saudaraku Rizal dilahirkan Islam dan saya baru sahaja 17 tahun memeluk Islam. Saya juga pernah mengalami pengalaman yang hampir sama dengan Rizal

11. Saban hari kita didedahkan dengan politik dan ahli politik sehingga adakala kita jadi ‘frust’ atau meluat namun, we can’t live with them but we also can’t live without them. Perasaan ‘frust’ dan meluat itu menjadikan kita kurang rasional sehinggakan kita kaitkan agama dan bangsa si pelaku sebagai sama sahaja.

12. Saya faham perasaan ‘frust’ Rizal dan ramai sahabat di luar akan senario politik di Malaysia dan juga isu rasuah dan pecah amanah. Saya sebagai Muslim juga benci pada rasuah dan pecah amanah tetapi apakan daya, kita tidak mahu dan mungkin tidak mampu menjadi ahli politik dan ahli politik tidak dapat dipisahkan dari kehidupan seharian kita.

13. Saya sebagai Muslim dan Islam sebagai agama tidak anti-komedi/anti-gurauan. Tidak sama sekali. Saya juga suka komedi tetapi Islam ada garis panduan dalam bergurau;- tidak berbohong, tidak menghina agama (6:108), tidak menjadikan agama sebagai gurauan (6:70), tidak meremeh/hina/sindir/stereotaip bangsa (49:13).

14. Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam juga bergurau, sahabat Nabi juga bergurau, ulamak Islam juga bergurau tetapi ada sebabnya Islam tetapkan garis panduan dalam segala aspek kehidupan:- untuk menjaga keharmonian, perasaan, keselamatan majoriti masyarakat.

15. Saya ingin menghulurkan tangan persaudaraan buat saudaraku Rizal. Bukan untuk memberikan idea lawak kerana Rizal dan sahabat lain lebih pandai & berpengalaman tetapi menghulurkan tangan persaudaraan agar komedi dan gurauan Rizal diteruskan tetapi dengan In Sha Allah cara yang lebih baik selari dengan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang serta Rukun Negara kita.

16. Saya bukannya Ustaz dan sudah tentu bukannya Ustazah mahupun asatizah. Saya cuma Muslim seperti saudaraku Rizal yang mahukan keharmonian bermasyarakat. Saya pendakwah bukan pendakwa. Saya sayangkan Rizal sebagai saudara seagamaku.

17. Banyak perkara baik yang Rizal lakukan adalah baik tetapi saya percaya ada juga perkara yang boleh ditambahbaik. Kita mungkin bukan yang terbaik tetapi kita berusaha jadi orang yang baik, In Sha Allah.

Jikalau saudaraku Rizal sudi menerima tangan persaudaraan ini, saya bersedia dihubungi di wasap.my/60182678268. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa dan kekurangan kita dan kurniakan keikhlasan kepada kita dalam setiap perkara yang baik. Allahuma Ameen.

Ikhlas dari saudara seagama Rizal van Geyzel.

Firdaus Wong Wai Hung

Multiracial Reverted Muslims – MRM

12.7.2022

Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author

Teruskan Membaca

1 Comment

  1. Siti

    July 12, 2022 at 10:12 pm

    Tahniah saudara Firdaus Wong…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *