Connect with us

Terkini

“Sabut kelapa dimasukkan dalam stoking, pengganti tuala wanita,” – Pakar Sosiologi

Penasihat pertubuhan PeduliMerah, Dr. Sh. Fatimah Al Zahrah Syed Hussien berkongsi berkenaan realiti kemiskinan haid tersebut menerusi pemerhatian mereka yang berada di lapangan.

Hidayah Sani

Published

on

tuala wanita kemiskinan haid
Foto: Penasihat pertubuhan PeduliMerah, Dr. Sh. Fatimah Al Zahrah Syed Hussien.
  • Golongan wanita melakukan pelbagai perkara ekstrem untuk mengurus dan menghentikan haid akibat kemiskinan haid.
  • Alternatif ekstrem yang digunakan untuk menggantikan tuala wanita adalah memakai sabut kelapa dimasukkan dalam stoking, menggunakan surat khabar, kertas ataupun kain.
  • Kanak-kanak perempuan di Sabah ada yang tidak memakai apa-apa membiarkan darah haid mengalir keluar kerana tiada akses pengurusan haid.
  • Kemiskinan haid bukan hanya terkait ketidakupayaan membeli tuala wanita tetapi juga tidak boleh akses infrastruktur seperti bekalan air bersih dan privasi untuk menukar tuala wanita.

KUALA LUMPUR –   Golongan wanita melakukan pelbagai perkara ekstrem semata-mata untuk mengurus dan menghentikan haid termasuklah dengan memakai sabut kelapa yang dimasukkan dalam stoking, menggunakan surat khabar, kertas ataupun kain yang dijadikan alternatif menggantikan tuala wanita.

Penasihat pertubuhan PeduliMerah, Dr. Sh. Fatimah Al Zahrah Syed Hussien berkongsi berkenaan realiti kemiskinan haid tersebut menerusi pemerhatian mereka yang berada di lapangan melibatkan kawasan pedalaman negeri Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Katanya, terdapat juga kes yang lebih ekstrem melibatkan kanak-kanak perempuan di Sabah di mana mereka tidak memakai sebarang alat untuk halang darah haid daripada mengalir keluar.

“Antara kes ekstrem lain adalah kanak-kanak perempuan di Sabah tak guna apa-apa pun maksudnya dia biarkan je darah tu keluar ke bawah, kerana dia tak ada apa-apa akses sama ada panties, pad mahupun kain ekstra untuk buat perca.

“Dia biarkan sahaja darah tu keluar tapi kesannya dia tak ke sekolah. Ini very extreme cases lah,” katanya yang turut menjelaskan antara faktor kanak perempuan tersebut bersikap demikian bukan sahaja kerana tidak mampu beli tuala wanita sebagai produk pengurusan haid tetapi kerana belajar dari persekitaran bahawa isu pengurusan haid bukan keutamaan di mana situasi ini juga merangkumi isu kemiskinan haid.

Dr. Fatimah yang juga Pakar Sosiologi berkata, wujud juga seorang wanita memilih untuk tidak makan supaya tidak didatangi haid disebabkan tidak mampu membeli produk haid, tidak boleh urus haid hingga wanita itu memilih untuk henti haid daripada terus datang.

“Kita dapati ada kes-kes guna satu pad satu hari ataupun lebih ekstrem dia pakai balik, pad yang sepatutnya dia buang dia basuh pastu dia guna balik. Ini extreme cases.

“Ada guna surat khabar, stoking lama, guna kertas ataupun guna kain. Tapi ada juga yang pilih untuk hentikan haid ataupun biar haid tak datang. Sebab dia tak boleh beli produk haid tak boleh urus haid so dia pilih untuk stop kan daripada datang period tu,”

“Saya pernah dengar wanita gelandangan menggunakan apa-apa sahaja kertas lama yang ada di dalam tong sampah yang dia tahu bahan itu boleh serap darah haid.

“Ada juga kes yang memasukkan sabut kelapa ke dalam stoking lama untuk dijadikan tuala wanita,” katanya pada Isnin.

Jelasnya, tindakan tersebut menunjukkan kebanyakan wanita memilih pelbagai cara untuk menguruskan haid mengikut kreativiti mereka ketika berhadapan dengan kemiskinan haid yang bukan hanya melibatkan ekonomi namun juga cara pengurusan haid itu sendiri dan taboo berkenaan isu haid.

Malangnya, wujud juga golongan wanita yang tidak sedar bahawa mereka sedang berhadapan permasalahan tersebut.

Mengulas lanjut, Dr. Fatimah berkata, hasil kajian yang dijalankannya melibatkan pelajar sekolah menyaksikan pelajar wanita berhadapan kesukaran untuk menukar pad kerana tiada kemudahan air bersih dan infrastruktur yang baik.

“Dapatan dari kajian saya pelajar wanita di sekolah, tidak boleh tukar pad sebab toilet sekolah tiada air dan tiada pintu hingga memaksa pelajar memilih untuk tidak tukar pad juga tidak dapat menyertai aktiviti, ini bermaksud kualiti kehidupan mereka terjejas kerana kekangan tersebut.

“Tapi kita tak nak nampakkan ia sebagai satu isu remeh sedangkan itu big issue sebenarnya,” katanya sekaligus menafikan sebarang kenyataan yang menyatakan kemiskinan haid satu isu terpencil.

Katanya, isu kekurangan infrastruktur sedemikian tidak sewajarnya berlaku terutama melibatkan sekolah.

“Dekat sekolah tidak sepatutnya ada masalah untuk akses air yang bersih tapi so many girls boleh relate to the “Ohh kat toilet sekolah tak ada air tu biasa.”

“Kenapa tiada air kat sekolah? Kenapa biasa pintu toilet tercabut dan dibiarkan? Pastu tak boleh guna toilet tak boleh tukar pad. This is a real isu so that many women experience tapi kita just accept the poor quality of life to we go through,” ujarnya yang menegaskan bukan hanya isu tidak mampu beli pad atau produk haid yang perlu diketengahkan namun sebaliknya permasalahan ini perlu dilihat dalam perspektif lebih luas.

Beliau turut mencadangkan agar definisi kemiskinan haid diselaraskan agar tiada lagi kefahaman yang melihat permasalahan ini menerusi satu sudut sahaja iaitu kekangan membeli barangan peribadi untuk penjagaan ketika haid.

Sedangkan katanya ketidakupayaan untuk mengakses infrastruktur seperti bekalan air bersih, privasi untuk menukar tuala wanita dan didikan tentang haid sering tidak diketengahkan.

Justeru, beliau turut mengharapkan akan wujud kerjasama di antara pihak yang turun ke lapangan seperti NGO dengan pembuat dasar untuk menangani permasalahan tersebut dengan kefahaman yang lebih baik. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Waran tangkap Netanyahu mungkin dikeluarkan, Israel adakan “perbincangan kecemasan”

Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Media Israel melaporkan pengeluaran waran tangkap itu termasuk ke atas pemimpin politik dan tentera Israel yang lain atas dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza.
  • Memetik laporan Channel 12 Israel, The Times of Israel (TOI) berkata tiga menteri dan beberapa pakar undang-undang kerajaan bersidang untuk “perbincangan kecemasan” di Pejabat Perdana Menteri untuk menangani ancaman waran tangkap itu. 
  • Mesyuarat tergempar itu dilaporkan didorong oleh risikan yang diterima di Israel menunjukkan bahawa penangkapan itu berkemungkinan untuk berlaku.
  • Menurut laporan, Netanyahu turut membangkitkan kebimbangan ini semasa pertemuannya dengan Setiausaha Luar Britain, David Cameron dan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock baru-baru ini.

Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Media Israel melaporkan pengeluaran waran tangkap itu termasuk ke atas pemimpin politik dan tentera Israel yang lain atas dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza.

Memetik laporan Channel 12 Israel, The Times of Israel (TOI) berkata tiga menteri dan beberapa pakar undang-undang kerajaan bersidang untuk “perbincangan kecemasan” di Pejabat Perdana Menteri untuk menangani ancaman waran tangkap itu. 

Mesyuarat tergempar itu dilaporkan didorong oleh risikan yang diterima di Israel menunjukkan bahawa penangkapan itu berkemungkinan untuk berlaku.

Menurut laporan, Netanyahu turut membangkitkan kebimbangan itu semasa pertemuannya dengan Setiausaha Luar Britain, David Cameron dan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock, baru-baru ini.

Dalam perbincangan pada Selasa melibatkan Menteri Luar Israel Katz, Menteri Kehakiman Yariv Levin dan Menteri Hal Ehwal Strategik Ron Dermer, Israel dilapor memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada kalangan diplomatik antarabangsa yang berpengaruh untuk mengatasi kemungkinan pengeluaran waran tangkap itu.

Menurut TOI, Tel Aviv bimbang “waran tangkap akan dikeluarkan berdasarkan krisis kemanusiaan di Gaza, dengan negara yang mendakwa Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva ke-4 dikatakan mengetuai usaha itu”.

Terdahulu, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pakar undang-undang antarabangsa berulang kali mengkritik ICC kerana lambat mengendalikan pendakwaan mereka yang bertanggungjawab atas jenayah perang Israel di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending