Connect with us

Antarabangsa

Perarakan ‘Pride’ di Turkiye ancam keselamatan, 30 ditahan

Lebih 30 aktivis LGBT ditahan di ibu negara Ankara kerana ingkar larangan perarakan ‘Pride’ oleh pihak berkuasa atas faktor keselamatan, demikian laporan Metro UK.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

LGBT Turkiye
Foto: AP Metro UK
  • Lebih 30 orang aktivis LGBT ditahan semasa perarakan ‘Pride’ di Turkiye kelmarin.
  • Tindakan diambil pihak berkuasa atas faktor menjaga keselamatan penduduk setempat.
    Sekumpulan umat Islam di negara itu adakan demonstrasi menolak sambutan itu.
  • Turkiye membenarkan perarakan ‘Pride’ sejak 2003, tetapi larangan pihak berkuasa itu adalah atas faktor keselamatan.
  • Tahun lalu, Presiden Reccep Tayyip Erdoğan memuji ahli belia parti AK iaitu parti politik terbesar dalam badan perundangan Turkiye kerana membawa sejarah kegemilangan negara dan tidak tergolong dalam komuniti LGBT.

TURKIYE – Lebih 30 aktivis LGBT ditahan di ibu negara Ankara kerana ingkar larangan perarakan ‘Pride’ oleh pihak berkuasa atas faktor keselamatan, demikian laporan Metro UK.

Mereka yang ditahan merupakan sebahagian daripada 50 orang yang memegang bendera pelangi dan berarak ke arah taman utama sebagai tanda penutup bulan sambutan bulan ‘Pride’.

Memetik laporan Reuters, wartawan agensi berita itu dilaporkan melihat pegawai keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan penyembur lada bagi menghentikan pihak yang ingkar kepada arahan, sebelum menggari mereka lalu mengheret masuk ke dalam bas.

Sementara itu, sekumpulan umat Islam di negara itu mengadakan demonstrasi menolak sambutan itu memandangkan hubungan sejenis adalah haram dalam ajaran Islam.

Turkiye membenarkan perarakan ‘Pride’ itu sejak 2003, tetapi larangan pihak berkuasa itu adalah atas faktor keselamatan.

Tahun lalu, Presiden Reccep Tayyip Erdoğan memuji ahli belia parti AK iaitu parti politik terbesar dalam badan perundangan negara Turkiye kerana membawa sejarah kegemilangan negara dan tidak tergolong dalam komuniti LGBT.

Lebih 300 peserta dan wartawan yang membuat liputan ditahan. Kebanyakan mereka dibebaskan selepas semalaman dalam tahanan.

Menurut Human Rights Watch, jumlah tangkapan adalah tiga kali ganda jumlah semasa gabungan tujuh perarakan Istanbul Pride sebelumnya.

(Sumber: Metro UK)

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *