Connect with us

Terkini

EKSKLUSIF: Komedi Hina Islam: Pelawak terkenal, Zizan tidak setuju agama & bangsa jadi bahan lawak

Katanya, dia sendiri tidak jelas niat sebenar wanita berkenaan bertindak mengaku muslim dan hafal 15 juzuk Al-Quran namun kemudiannya menanggalkan pakaian hingga tinggal dalam keadaan separuh bogel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Zizak Razak
Foto: Sumber FB Zizan Razak
  • Sebagai negara Islam/ Malaysia ada tatasusila dan tatatertib juga batasan tertentu yang perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata terutama pelawak.
  • Para pelawak khususnya golongan ‘stand up comedy’ dicadangkan membuat rehearsal terlebih dahulu sebelum dibenarkan pihak penganjur buat persembahan.
  • Juga, dinasihatkan mereka tidak menyentuh isu sensitiviti yang boleh menyebabkan mana-mana pihak terguris hati.
  • Zizan Razak mengatakan beliau tidak jelas mengapa wanita kontroversi itu bertindak mengaku muslim dan hafal 15 juzuk Al-Quran namun kemudian menanggalkan pakaian hingga separuh bogel.
  • Kenyataan itu, berhubung isu wanita hina Islam semasa membuat persembahan ‘stand up comedy’ di sebuah kelab pada Sabtu (9 Julai)

KUALA LUMPUR – Tidak sepatutnya agama dijadikan sebagai bahan lawak, demikian pendapat pelawak terkenal, Zizan Razak mengulas tindakan seorang wanita didakwa menghina agama Islam semasa membuat persembahan ‘stand up comedy’ di sebuah kelab sekitar Taman Tun Dr. Ismail yang tular pada Sabtu (9 Julai).

Katanya, dia sendiri tidak jelas niat sebenar wanita berkenaan bertindak mengaku muslim dan hafal 15 juzuk Al-Quran namun kemudiannya menanggalkan pakaian hingga tinggal dalam keadaan separuh bogel.

“Pelik akhir-akhir ini, pelik sangat ini macam dunia akhir zaman betul. This is Malaysia. Ini negara Islam dan dia pun orang Melayu, dia orang Islam aduhai tak tahu nak cakap bagaimana,” ujar Zizan yang hampir kehabisan kata untuk mengulas berkenaan kontroversi tersebut ketika dihubungi The Merdeka Times pada Isnin.

Menurut Zizan, di Malaysia sebagai negara Islam kita ada tatasusila dan tatatertib juga had-had tertentu yang perlu kita rujuk terlebih dahulu terutama apabila melibatkan pekerjaan seperti pelawak yang bermain dengan lidah, bersifat paling tajam dalam dunia ini.

Beliau turut bersetuju dengan komentar daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong sebelum ini yang menyatakan tindakan wanita itu bukan menghina agama Islam tetapi sebaliknya menghina diri sendiri.

Zizan juga mencadangkan agar para pelawak khususnya golongan ‘stand up comedy’ membuat rehearsal atau raptai terlebih dahulu sebelum dibenarkan oleh pihak penganjur membuat persembahan.

Tambahnya, para pelawak turut dinasihatkan agar tidak menyentuh isu melibatkan sensitiviti yang boleh menyebabkan mana-mana pihak terguris hati.

Sementara itu, petang semalam media melaporkan polis telah menahan teman lelaki kepada seorang wanita disyaki menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepasukan anggota polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan lelaki itu pada Ahad.

“Lelaki tersebut telah ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Noorsiah berkata, pihaknya akan buat permohonan untuk menyambung reman suspek wanita yang ditahan pada Sabtu lalu, selepas tempoh remannya tamat pada hari ini (Selasa).

“Kertas siasatan akan segera dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan,” ujarnya.

Terdahulu, video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) sekali gus menerima kecaman daripada orang ramai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

1 Comment

  1. Ibrahim

    July 12, 2022 at 3:39 pm

    Orang melayu tidak pernah menghina bangsa dan ugama bukan islam.
    Tpini negara persekutuan Tanah melayu yg mejoriti nya bangsa melayu dan ugama islam.
    Sebagai ttamu yg diterima sepatut nya berterima kasih pada tuan tanah yg begitu baik sanggup bersama dan harmoni.
    Diakhir2 ini ramai anak2 muda yg tidak tahu sejarah mempersenda dan menghina bangsa melayu dan islam dgn alasan bebas bersuara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *