Connect with us

Antarabangsa

“Kaabah seperti kiub ais dalam wiski” – Ketua Media Sosial BJP

Dalam ciapan tersebut, Arun dikatakan telah menyamakan Kaabah, tempat suci umat Islam di Masjidil Haram, seperti kiub ais di dalam segelas arak wiski.

Wartawan TMT

Published

on

kaabah seperti kiub ais
Foto: Sumber Voice of America.
  • Parti pemerintah India, Baharatiya Janata Party (BJP) hanya memberhentikan ketua media sosialnya, Arun Yadav, 7 Julai 2022 susulan ciapan anti-Islam yang dibuatnya 5 tahun lalu. 
  • Umat Islam di India tidak berpuas hati dengan pemecatannya semata-mata dan mereka menuntut supaya Arun ditangkap.
  • Pemimpin Islam di selatan Telangana menyifatkan tiada tindakan dari pihak kerajaan buatkan pemimpin parti tidak takut membuat hantaran memburuk-burukkan agama Islam.

INDIA – Parti pemerintah India, Baharatiya Janata Party (BJP) hanya memberhentikan ketua media sosialnya, Arun Yadav, di bahagian utara Haryana susulan ciapan anti-Islam yang dibuatnya 5 tahun lalu. 

Namun, umat Islam di India tidak berpuas hati dengan pemecatannya semata-mata dan mereka menuntut supaya Arun ditangkap. 

Dalam ciapan tersebut, Arun dikatakan telah menyamakan Kaabah, tempat suci umat Islam di Masjidil Haram, seperti kiub ais di dalam segelas arak wiski.

BJP telah memberhentikan Arun pada 7 Julai susulan tindakan undang-undang yang diambil oleh aktivis-aktivis dan pemimpin-pemimpin Islam berkenaan ciapannya yang dianggap menghina agama Islam.

“Komen kesat Arun Yadav yang menyasarkan Kaabah telah menjejaskan sentimen agama semua umat Islam. Masyarakat dari seluruh negara menuntut dia ditangkap dan dibicarakan di mahkamah kerana dia menggambarkan tempat paling suci buat umat Islam sebagai sesuatu yang kotor,” kata Syed Azharuddin, seorang pemimpin Islam di negeri selatan Telangana kepada media.

“Tetapi yang mengecewakan kami, kerajaan tidak menunjukkan sebarang tanda yang pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Arun,” kesalnya.

Sebelum Narendra Modi menjadi Perdana Menteri India pada 2014, partinya telah menubuhkan sebuah platform media sosial bertujuan menyebarkan ideologi dan mesej politiknya bagi meraih sokongan.

Namun begitu, aktivis dalam talian dan pemimpin masyarakat Islam telah lama mendakwa bahawa platform tersebut menyebarkan propaganda Islamofobia dengan menyiarkan kandungan anti-Islam dan anti-Muslim.

“Ramai dari platform BJP tersebut kerap membuat hantaran anti-Muslim yang disukai oleh pemimpin dan pengikut parti nasionalis Hindu itu. 

“Hantaran-hantaran berkenaan menghina Nabi Muhammad, Kaabah yang suci dan ajaran Islam. Demi mendapatkan populariti dalam kalangan sebilangan besar masyarakat Hindu, individu-individu seperti Arun Yadav membuat hantaran yang memburuk-burukkan umat Islam,” kata presiden Tipu Sultan Party, Shaikh Sadeque.

“Kerajaan India juga tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap jurucakap BJP, Nupur Sharma, sebelum ini yang melemparkan kata-kata kesat kepada Nabi Muhammad,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyifatkan sikap kerajaan yang tidak mahu mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin BJP atas sebarang kenyataan atau komen anti-Muslim yang mereka buat menyebabkan pemimpin-pemimpin ini terus membuat hantaran kesat sebegitu tanpa rasa takut.

Terdahulu, jurucakap BJP Nupur Sharma didakwa menghina Nabi Muhammad di dalam sebuah program televisyen pada Mei telah mengundang kecaman masyarakat antarabangsa. Nupur hanya digantung daripada parti rentetan isu terbabit.

Pihak media seperti Voice of America (VOA) cuba mendapatkan maklum balas berkenaan dakwaan terhadap Arun, tetapi e-mel yang dihantar kepada wakil platform tersebut, Amit Malviya, masih tidak dijawab.

Sumber: Voice of America (VOA) 

 

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending