Connect with us

Antarabangsa

Peragawati terkenal Perancis peluk Islam, tunai umrah di Makkah

Marine El Himer, seorang peragawati dan bintang televisyen realiti Perancis, telah memeluk Islam. Marine mengisytiharkan penghijrahannya itu menerusi perkongsian video di Instagram pada Selasa lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Peragawati terkenal Perancis peluk Islam, tunai umrah di Makkah
Foto: Marine El Himer.

Marine El Himer, seorang peragawati dan bintang televisyen realiti Perancis, telah memeluk Islam. 

Marine mengisytiharkan penghijrahannya itu menerusi perkongsian video di Instagram pada Selasa lalu.

Menerusi video menunjukkan dia sedang mengucapkan kalimah Syahadah itu, Marine turut mengakui memeluk Islam beberapa bulan lalu sambil menyifatkan perkara itu sebagai saat paling gembira dalam hidupnya.

Dua hari selepas pengumuman itu, Marine berkongsi gambar dirinya berhijab berhampiran Kaabah di kota suci Makkah.

Dalam perkongsian gambar itu, Marine menulis dalam Bahasa Perancis bermaksud, “InsyaAllah, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kegembiraan dan emosi yang saya alami ketika ini. Perjalanan rohani yang saya harapkan akan terus membimbing dan mengangkat saya insyaAllah”.

Marine turut berterima kasih kepada pengikut-pengikut Instagram yang memberi kata-kata murni dan sokongan kepada penghijrahannya itu.

Menurut peragawati Perancis itu, keputusan dibuat berdasarkan pemikiran, kehendak hati dan jiwanya sendiri.

Di Perancis, Marine dikenali dengan kemunculannya dalam rancangan televisyen realiti Les Princes et Les Princesses de l’Amour (Putera dan Puteri Cinta).

Menurut laporan media Perancis, Marine membesar dengan seorang bapa tiri dan dia menemui Islam dalam usahanya menjejaki asal-usul bapa kandungnya.

Sumber: The Islamic Information

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *