Connect with us

Terkini

“Islam mentadbir, Cina menderita” – Komentar Islamofobia di portal berbahasa Cina.

Ruangan komen dalam media sosial portal berita berbahasa Cina dihujani kritikan dan sindiran terhadap pendirian pihak berkuasa agama.

Wartawan TMT

Published

on

bendera malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ruangan komen dalam media sosial portal berita berbahasa Cina dihujani kritikan dan sindiran terhadap pendirian pihak berkuasa agama yang melarang umat Islam daripada menyertai perayaan Bon Odori.
  • Penahanan suspek hina agama, Siti Nuramira Abdullah turut mendapat reaksi negatif dari warga maya bukan beragama Islam sehingga sanggup ‘mempersoalkan’ kewujudan dan fungsi Mahkamah Syariah yang menjaga perihal undang-undang berkaitan penganut agama Islam di Malaysia.
  • Situasi ini membayangkan sikap Islamofobia melampau sebahagian rakyat negara ini yang menggunakan medium berbahasa Cina untuk meluahkan perasaan yang boleh merosakkan hubungan agama dan kaum.

KUALA LUMPUR – Nampaknya ketegasan pihak berkuasa agama dalam menasihatkan umat Islam untuk tidak menyertai perayaan Bon Odori atas faktor kemaslahatan agama menyerlahkan sikap Islamofobia sebahagian rakyat negara ini.

Perkara ini dapat dilihat dalam ruangan komen dalam media sosial portal berita berbahasa Cina apabila ada pihak yang sanggup menuduh kononnya, “Islam mentadbir, Cina menderita” sehingga menimbulkan persoalan mengenai kerukunan antara agama dan bangsa.

Lebih menyedihkan apabila kritikan dan sindiran bertubi-tubi di ruangan komen portal berbahasa Cina itu seolah-olah menyifatkan Islam sebuah agama yang tidak bertoleransi, bersikap tertutup dan mundur.

Antara komen-komen yang menyedihkan dan berbaur Islamofobia melampau itu adalah adalah seperti berikut:

islam mentadbir, cina menderita

“Islam mentadbir, Cina menderita.”

“Kalau Malaysia nak maju dan makmur, perlu membanteras fahaman nasionalisme sempit dan ekstrimis agama bermaharajalela di negara ini.” 

“Orang biasa melihat budaya orang, orang yang hati sempit menjadi batu api.” 

“Kalau ekstrimis Islam lawan diraja, siapa akan menang?” 

 

portal cina hina islam 2

“Ramai generasi muda Melayu sangat terbuka, percaya tidak lama lagi pentadbiran negara dengan agama akan disingkirkan. Hargai nyawa, jauhi PAS.”

“Menjadi terbuka secara perlahan-lahan, dunia hari ini sudah berubah, agama hanya kepercayaan khurafat, kehidupan yang penting.” 

“Tak bosan ke? Ini tak boleh, itu tidak boleh, kahwin 4, 5 takda masalah, hari-hari acah bagus.” 

“Muslim sangat sensitif kerana agama. Bermasalah.” 

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad sebelum ini dilaporkan melarang muslim menyertai perayaan itu yang dikhuatiri wujud unsur-unsur keagamaan yang bertentangan dengan Islam.

Nasihat atau apa yang disifatkan sebagai ‘larangan’ oleh ramai pihak itu ditujukan kepada muslim dan bukannya pihak lain.

Pemerhatian The Merdeka Times juga mendapati isu penahanan seorang wanita yang didakwa menghina Islam dalam sebuah persembahan di sebuah kelab komediri turut menerima komen-komen negatif dalam ruangan komen di portal-portal berbahasa Cina.

Malah ada pihak yang merendahkan undang-undang syariah yang pada hakikatnya hanya terpakai kepada umat Islam dan bukannya penganut agama lain.

Perkara itu menimbulkan persoalan mengenai pemahaman pihak terbabit mengenai Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mana hak-hak semua pihak, termasuk penganut agama Islam, juga harus dihormati sejajar dengan lima prinsip Rukun Negara.

Wanita yang didakwa menghina Islam itu, Siti Nuramira Abdullah telah ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pada Selasa sebaik sahaja dilepaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Sesyen.

Antara komen-komen yang berbaur Islamofobia melampau di ruangan komen portal-portal berbahasa Cina itu seperti berikut:

portal cina 3

“Membazir mahkamah, kenapa Malaysia meluluskan kewujudan syariah? Ini lah kecelaruan wujudnya dua undang-undang dalam satu negara.” 

“Perkahwinan kanak-kanak tiada masalah, buka tudung ditahan 3 hari.” 

“Wah, efisiensi yang tinggi! Kalau tangkap pencuri pun begitu efisien negara kita dah aman.” 

“Kalau sampah ini menangkap pencuri begitu efisien, dah aman.” 

 

portal cina 4

“Kesian, tidak memudaratkan orang tapi hidup tiada kebebasan.” 

“Menurut apa yang kita lihat dan dengar, paling banyak pun perbuatan tidak sopan, macam mana berkait dengan hina agama X?” 

“Negara-negara Timur Tengah semakin terbuka, agenda Islam perlu dilindungi kita, Malaysia merupa pusat Islam Dunia.” 

Seharusnya kita harus bersikap saling menghormati dan tidak termakan dan terpengaruh dengan agenda Islamofobia yang akhirnya akan merosakkan negara yang berbilang agama, bangsa dan harmoni untuk sekian lamanya ini. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending