Connect with us

Antarabangsa

Perarakan haram LGBT di Turki, disekat

Pihak berkuasa tempatan telah melarang semua acara Pride Week diadakan di dua daerah di Istanbul iaitu Beyoğlu dan Kadıköy kerana boleh mengakibatkan kekacauan awam dan menyentuh sensitiviti masyarakat setempat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

LGBT di Turki
  • Golongan LGBT mengadakan perarakan Pride Istanbul yang telah diharamkan Turki sejak 2015.
  • Pengharaman acara Pride Week kerana dikhuatiri menimbulkan kekacauan awam dan menyentuh sensitiviti masyarakat setempat.
  • Pihak berkuasa Turki menyekat dan menahan ratusan orang yang menentang larangan perarakan tersebut.
  • Sejak pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan penerimaan Turki terhadap kebebasan LGBTQ+, berkurangan.

ISTANBUL, 28 Jun 2022 – Pihak berkuasa Turki berjaya menyekat ratusan orang daripada berhimpun dalam perarakan tahunan Pride Istanbul sekaligus menahan mereka yang menentang larangan mengadakan perarakan itu pada Ahad lalu.

Beberapa tahun kebelakangan ini, setelah kerajaan Turki diketuai oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan, penerimaan negara tersebut terhadap kebebasan LGBTQ+ semakin berkurang.

Gempa Bumi di Afghanistan

Pihak berkuasa tempatan telah melarang semua acara Pride Week diadakan di dua daerah di Istanbul iaitu Beyoğlu dan Kadıköy kerana boleh mengakibatkan kekacauan awam dan menyentuh sensitiviti masyarakat setempat.

“Semua acara diharamkan di kesemua kawasan terbuka dan tertutup selama tujuh hari,” ujar Gabenor daerah tersebut.

Menurut Sky News, perarakan Pride Istanbul telah diharamkan di negara tersebut sejak 2015 lagi, namun setiap tahun golongan LGBT dan penyokongnya masih mengadakan perhimpunan itu bagi menyambut berakhirnya Pride Month.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *