Connect with us

Ekonomi

77 peratus pekerja p-hailing terlibat kemalangan tidak terima faedah dari syarikat

Kajian daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mendedahkan bahawa 77 peratus pekerja penghantar makanan (p-Hailing) pernah mengalami kemalangan dan kecederaan namun tidak menerima sebarang faedah daripada syarikat p-hailing.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

77 peratus pekerja p-hailing terlibat kemalangan tidak terima faedah dari syarikat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ia direkodkan oleh kajian daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
  • “Jaringan keselamatan sosial lemah tanpa perlindungan sewajarnya menghukum golongan rentan sedangkan pekerjaan ini terdedah risiko kemalangan.
  • Bahkan, apabila berlaku kemalangan pula, tiada sebarang faedah yang boleh membantu mereka mengharungi detik-detik sukar itu.”
  • Seramai 70.8 peratus pekerja penghantaran makanan bekerja diantara 49 jam sehingga 84 jam seminggu,  ia menunjukkan mereka memperuntukkan waktu jam bekerja yang lebih untuk mendapatkan upah lebih tinggi.
  • Tempoh masa kerja yang panjang menambah risiko pekerja penghantar makanan dari aspek kesihatan serta meningkatkan kebarangkalian cedera atau terlibat kemalangan.
  • 82.9 peratus penghantar makanan raih pendapatan bersih di antara RM600 ke RM3,200 sebulan di mana jika dibandingkan dengan waktu bekerja direkodkan jelas anggaran pendapatan per jam kumpulan ini adalah amat rendah.

KUALA LUMPUR – Kajian daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mendedahkan bahawa 77 peratus pekerja penghantar makanan (p-Hailing) pernah mengalami kemalangan dan kecederaan namun tidak menerima sebarang faedah daripada syarikat p-hailing.

Menurut laporan itu, statistik ini bukanlah satu berita yang baik buat sebuah negara seperti Malaysia yang bercita-cita ingin mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Katanya, “Jaringan keselamatan sosial yang lemah tanpa perlindungan sewajarnya seolah menghukum golongan rentan sedangkan pekerjaan p-Hailing ini terdedah dengan risiko kemalangan.

Bahkan, apabila berlaku kemalangan pula, tiada sebarang faedah yang boleh membantu mereka mengharungi detik-detik sukar itu.”

Tambahnya, hasil kajian juga mencatatkan lebih 71 peratus penghantar makanan pernah mengalami kecederaan atau kemalangan ketika bekerja.

Sementara itu, kajian turut melaporkan bahawa seramai 70.8 peratus pekerja penghantaran makanan bekerja diantara 49 jam sehingga 84 jam seminggu,  sekaligus ia menunjukkan pekerja ini akan memperuntukkan waktu jam bekerja yang lebih untuk mendapatkan upah lebih tinggi.

Tempoh masa kerja yang panjang ini sudah semestinya akan menambah risiko bagi pekerja-pekerja penghantar makanan dari aspek kesihatan serta menyumbang kepada kebarangkalian yang tinggi untuk cedera atau terlibat dalam kemalangan.

Malah, kajian juga mendapati, sebanyak 82.9 peratus penghantar makanan meraih pendapatan bersih di antara RM600 ke RM3,200 sebulan di mana jika ia dibandingkan dengan waktu bekerja direkodkan jelas anggaran pendapatan per jam kumpulan ini adalah amat rendah.

Sumber : Ekonomi rakyat

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *