Terkini
P-hailing: 10 tuntutan penghantar makanan tidak dilayan Menteri Pengangkutan
10 perkara yang dituntut penghantar makanan p-hailing berhubung soal kebajikan mereka bukan sahaja tidak dipenuhi, malah dibebankan pula dengan cadangan untuk mewajibkan setiap penghantar makanan mempunyai lesen vokasional iaitu Lesen Kenderaan Barangan (GDL).

- Presiden Persatuan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) berkata, cadangan wajibkan penghantar makanan miliki lesen GDL berbeza dengan tuntutan semasa sesi dialog bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, pada 8 Ogos 2022.
- Antara tuntutan itu adalah harga lantai caj penghantaran dan pengambilan pesanan, masalah peta digital yang mempunyai jarak berbeza dengan jarak sebenar.
- “Apabila menteri memaklumkan mengenai keperluan lesen GDL ni, banyak penghantar makanan mula bersuara kerana sepatutnya isu utama perlu diselesaikan terlebih dahulu baru kita lihat kepada keperluan syarat tersebut. Ini kita minta lain, dapat benda lain.”
- Wakil kumpulan protes terdahulu, tidak setuju penghantar makanan disyaratkan wajib ada lesen GDL dan menyelar cadangan itu yang disifatkan menekan komuniti p-hailing.
- Alasan syarat ingin dilakukan untuk mengetahui jumlah sebenar p-hailing supaya dapat menjaga kebajikan kami tidak logik.
- “Sedangkan komuniti p-hailing sudah diwajibkan untuk mencarum Perkeso di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Dekat situ kerajaan boleh tahu berapa jumlah sebenar kami ni, kenapa tak tengok di sana sahaja?” – wakil kumpulan protes.
- “Mensyaratkan lesen GDL bukan solusi sebenar,” – penghantar makanan.
PETALING JAYA: 10 perkara yang dituntut penghantar makanan p-hailing berhubung soal kebajikan mereka bukan sahaja tidak dipenuhi, malah dibebankan pula dengan cadangan untuk mewajibkan setiap penghantar makanan mempunyai lesen vokasional iaitu Lesen Kenderaan Barangan (GDL).
Presiden Persatuan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor berkata, cadangan tersebut berbeza dengan apa yang dituntut semasa sesi dialog bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, pada Isnin (8 Ogos 2022).
Memetik laporan Utusan Malaysia, menurut Zulhelmi, melalui sesi tersebut sebanyak 10 tuntutan cadangan diutarakan demi kebajikan kumpulan tersebut antaranya adalah harga lantai untuk caj penghantaran dan pengambilan pesanan.
“Ia juga termasuk dengan masalah peta digital yang mempunyai jarak berbeza dengan jarak sebenar, itu antara isu penting yang menjadi kegusaran sejak dahulu lagi. Tetapi dalam sidang media sebelum ini lain jadinya dengan apa kami minta.
“Apabila menteri memaklumkan mengenai keperluan lesen GDL ni, banyak penghantar makanan mula bersuara kerana sepatutnya isu utama perlu diselesaikan terlebih dahulu baru kita lihat kepada keperluan syarat tersebut. Ini kita minta lain, dapat benda lain,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan, kumpulan penghantar makanan melancarkan protes mogok selama 24 jam dan menyerahkan memorandum kepada syarikat penghantar makanan yang didakwanya mengekspotitasi hak kumpulan tersebut.
Susulan daripada itu, Kementerian Pengangkutan memaklumkan akan membentangkan tiga Rang Undang-Undang (RUU) pindaan akta pada sesi Dewan Rakyat akan datang bagi mengawal selia komuniti p-hailing di negara ini.
Ia membabitkan pindaan bagi Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715].
Ka Siong berkata, jika RUU tersebut diluluskan kelak, pihaknya juga akan mewajibkan setiap penunggang p-hailing mempunyai lesen GDL seperti mana Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) oleh pemandu e-hailing.
Sementara itu, wakil daripada kumpulan protes tempoh hari, Mohd Firdaus Abdul Hamid, 30, tidak bersetuju untuk mensyaratkan penghantar makanan memperolehi lessen GDL dan menyelar cadangan pindaan tersebut kerana ia akan lebih menekan komuniti p-hailing.
“Sudahlah syarikat menekan kami dan sekarang pihak kerajaan pun turut sama melakukan sedemikian. Jadi kami memang tidak setuju dengan cadangan pindaan tersebut kerana alasan syarat tersebut ingin dilakukan untuk mengetahui jumlah sebenar p-hailing supaya dapat menjaga kebajikan kami tidak logik.
“Sedangkan komuniti p-hailing sudah diwajibkan untuk mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Jadi dekat situ sahaja kerajaan boleh tahu berapa jumlah sebenar kami ni, kenapa tak tengok di sana sahaja?” soalnya.
Sependapat dengan itu, seorang penghantar makanan, Adi Alzam Roslan, 27, berkata kerajaan seharusnya memberi solusi kepada masalah-masalah sedia ada yang dihadapi kumpulan tersebut.
“Niat kerajaan untuk membantu dalam menjaga kebajikan kami sebagai penunggang p-hailing khususnya penghantar makanan memang kami sokong, tetapi caranya perlu lebih tepat, mensyaratkan lesen GDL bukan solusi sebenar,” ujarnya.
Sumber : UTUSAN ONLINE
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah