Komuniti
Khairina, gadis pemegang kad OKU masih gagal ditemui
Khairina Mohd Hishamuddin, 26 yang merupakan pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU), iaitu mempunyai masalah dalam pertuturan dilaporkan hilang sejak 13 Ogos lalu.
- Khairina Mohd Hishamuddin, 26 yang merupakan pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU), mempunyai masalah dalam pertuturan dilaporkan hilang sejak 13 Ogos lalu.
- Menerusi Facebook Polis Dang Wangi, Balai Polis Dang Wangi sedang menjalankan siasatan mengenai kehilangan seorang wanita beragama Islam, berbangsa Melayu dan merupakan warganegara Malaysia.
- Kali terakhir wanita tersebut dilihat adalah di No.11 Jalan Raja Uda, Kg. Baru, 50300 Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2022.
- Wanita tersebut berketinggian, 149 cm, berat 50 kg dan juga berkulit langsat serta tidak mengenakan sebarang kaca mata.
- Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Pusat Kawalan Daerah Dang Wangi di talian : 03-26977099.
- Juga boleh berhubung dengan keluarga Khairina, di talian 012-3701876 / 016-6543157 / 014-3301881 / 016-2269436.
KUALA LUMPUR – Khairina Mohd Hishamuddin, 26 yang merupakan pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU), iaitu mempunyai masalah dalam pertuturan dilaporkan hilang sejak 13 Ogos lalu.
Menerusi Facebook Polis Dang Wangi, dilaporkan bahawa Balai Polis Dang Wangi sedang menjalankan siasatan mengenai kehilangan seorang wanita beragama Islam, berbangsa Melayu dan merupakan warganegara Malaysia.
Difahamkan, kali terakhir wanita tersebut dilihat adalah di No.11 Jalan Raja Uda, Kg. Baru, 50300 Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2022.
Dalam perkongsian tersebut, turut dikongsikan butiran berkenaan Khairina iaitu wanita tersebut berketinggian, 149 cm, berat 50 kg dan juga berkulit langsat serta tidak mengenakan sebarang kaca mata.
Setakat hari ini Khairina dilaporkan masih belum ditemui.
Susulan itu, pihak polis dan sukarelawan terus menjalankan misi mencari wanita berkenaan yang difahamkan mengalami OKU autisme.
Khairina dikatakan hilang bersama beg merah jambu muda seperti dalam gambar di bawah yang dipercayai dipakainya ketika keluar rumah.
Dalam satu edaran, individu terbabit memohon masyarakat untuk terus menyebarkan berita kehilangan wanita berkenaan dengan harapan Khairina dapat diselamatkan dan dijauhi daripada kejadian tidak diingini.
Katanya, Khairina berkemungkinan tidak mampu untuk memberitahu tempat tinggalnya di mana dan mahu hubungi sesiapa memandangkan masalah pertuturan yang dihadapi wanita itu.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Pusat Kawalan Daerah Dang Wangi di talian : 03-26977099.
Juga boleh berhubung dengan keluarga Khairina, di talian 012-3701876 / 016-6543157 / 014-3301881 / 016-2269436.