Terkini
Lagu ‘Hoi hoi ya hoi’ kini milik rakyat – Altimet
Penyanyi lagu Hoi Hoi Ya Hoi, Altimet menganggap lagu itu kini milik rakyat apabila didendangkan oleh semua parti politik.
- Penyanyi lagu Hoi Hoi Ya Hoi, Altimet menganggap lagu itu kini milik rakyat apabila didendangkan oleh semua parti politik.
- Di Ampang, jelas kedengaran penyokong Perikatan Nasional (PN) menyanyikan lagu itu sebaik melihat ketibaan Altimet yang bertanding di Lembah Jaya.
- Altimet, atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, akan berdepan Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari calon Perikatan Nasional.
- Katanya, dia tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang sinis atau menyindir tetapi bersyukur kerana lagu itu bakal menjadi tarikan rasmi untuk orang mengingati PH.
AMPANG – Penyanyi lagu Hoi Hoi Ya Hoi, Altimet menganggap lagu itu kini milik rakyat apabila didendangkan oleh semua parti politik.
Di Ampang, jelas kedengaran penyokong Perikatan Nasional (PN) menyanyikan lagu itu sebaik melihat ketibaan Altimet yang bertanding di Lembah Jaya.
Altimet, atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, akan berdepan Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari calon Perikatan Nasional.
Katanya, dia tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang sinis atau menyindir tetapi bersyukur kerana lagu itu bakal menjadi tarikan rasmi untuk orang mengingati PH.
“Kita kena tengok sesuatu dan rasa bersyukur sebab berapa banyak lagu dilupakan.
“Ini bukti apabila mereka menyanyi, lagu ini masih relevan dan malar (segar),” katanya ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Dato’ Ahmad Razali, hari ini.
Ditanya perasaannya apabila penyokong parti pembangkang menyanyikan lagu itu sebagai sindiran buatnya, Altimet berkata, ia adalah sesuatu yang positif jika lagu itu diingati seperti lagu Balik Kampung.
“Macam lagu balik kampung, orang tak balik kampung pun menyanyi lagu itu, saya anggap (Hoi Hoi Ya Hoi) milik rakyat,” katanya.
Sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, lagu ciptaan Altimet berjudul Aduh Malaysia, menjadi siulan buat penyokong-penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) ketika itu.
Altimet mencipta lagu itu dengan mengubah lirik asal Ali Baba dengan 40 Penyamun dan dilancarkan sendiri di pentas politik.
Lagu itu kemudian menjadi tular sepanjang kempen PRU15 dan digunakan oleh pemimpin serta jentera PH untuk dijadikan sebagai bahan kempen.
Namun selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan, Altimet diserang oleh netizen kerana rata-rata warganet media sosial meluahkan kekesalan dan meninggalkan sindiran halus seolah-olah lagu itu memakan dirinya.
Sumber: Harian Metro