Connect with us

Terkini

Isu rogol dan zina jadi bahan jenaka, disukai segelintir pengguna Facebook 

Susulan penahanan tersebut, warga maya kebanyakannya berasa amat kesal dengan dakwaan itu memandangkan isu ini melibatkan individu yang dihormati sebagai agamawan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

isu rogol dan zina
Foto: Tangkapan dari Facebook.
  • Terdapat beberapa pihak yang membuat hantaran di Facebook menganggap isu rogol satu jenaka.
  • Hantaran tersebut mendapat sambutan di ruangan komen oleh segelintir warga maya yang seolah-olah menyokong kenyataan keji itu.
  • Kedua-dua hantaran itu bagaimanapun telah dipadam setelah dikecam oleh ramai pengguna sosial media yang lain.

KUALA LUMPUR – Pada Isnin lalu, seorang penceramah bebas yang dipercayai memiliki sebuah pusat tahfiz di Shah Alam telah ditahan polis atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun.

Susulan penahanan tersebut, warga maya kebanyakannya berasa amat kesal dengan dakwaan itu memandangkan isu ini melibatkan individu yang dihormati sebagai agamawan.

Namun begitu, masih terdapat segelintir warga maya yang menjadikan isu rogol sebagai jenaka melalui hantaran yang dibuat di Facebook.

Antara kenyataan yang dibuat adalah seperti berikut:

“Berkali-kali hebat juga, ustaz yang hebat atau gadis 14 tahun itu yang hebat, berkali-kali perginya?”

Kenyataan yang dianggap gurauan itu seolah-olah memuji perbuatan rogol dan zina yang sepatutnya ditentang sekeras-kerasnya.

Bukan hanya seorang, wujud juga individu lain yang turut mempersendakan isu ini.

isu rogol dan zina

“Rogol bermaksud tanpa kerelaan hati. Kalau sudah empat kali, itu seakan dipersetujui,” tulis pengguna Facebook tersebut seolah-olah mendakwa perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh remaja perempuan tersebut dengan rela hati.

Lebih mengecewakan lagi, hantaran tersebut mendapat sambutan di ruangan komen oleh warga maya yang lain seolah-olah menyokong kenyataan keji itu.

Kedua-dua hantaran itu bagaimanapun telah dipadam setelah dikecam oleh ramai pengguna sosial media yang lain.

Author