Kerajaan Malaysia masih lagi belum mendapat sebarang keputusan muktamad mengenai isu kuota tambahan jemaah haji pada musim kali ini daripada kerajaan Arab Saudi.
Indonesia mengesahkan sudah menerima tambahan kuota 8,000 jemaah haji tahun ini daripada kerajaan Arab Saudi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar membayangkan sedia memohon kuota tambahan jemaah haji Malaysia.