Terkini
Institusi, warden & pegawai terkait kes buli perlu diheret ke mahkamah
- “Berkenaan isu buli yang makin lama makin systemic… saya tidak perlu ulang secara perinci berkenaan kes buli melibatkan arwah (pegawai kadet) Zulfarhan, atau baru-baru ni lagi satu kes seterika melibatkan UPNM dan PALAPES (meninggal dunia) di UiTM.
- “Persoalan saya mudah, kalau buli telah dilihat sebagai systemic… Ia bukan hanya melibatkan pembuli seorang atau dua orang tetapi diselindung, dipertahankan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak kepimpinan atau sekurang-kurangnya cuba untuk didiamkan.
- “Saya cadangkan dua perkara untuk selesaikan isu ni… Pertama sekali, saya merayu kepada pihak ibu bapa yang terkesan, jangan hanya buat laporan polis, ambil tindakan mereka (pelaku) ni kena charge… tetapi tolong buat saman sivil ke atas institusi tersebut kepada warden, kepada pegawai yang terbabit kerana mereka patut diheret sekali, pastikan mereka ini di miskinkan supaya pada masa yang akan datang, mereka tidak akan pandang ke kiri, kanan, atas, bawah (sebaliknya) they will take direct action,” kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat hari ini.
- Kerajaan juga digesa supaya merombak peringkat kepimpinan tertinggi susulan insiden sedemikian dan tindakan drastik perlu dilakukan supaya tiada lagi nyawa terkorban akibat buli.
KUALA LUMPUR — Ibu bapa yang anaknya menjadi mangsa buli di mana-mana institusi pendidikan, termasuk Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), perlu mengambil tindakan sivil ke atas institusi, warden dan pegawai terlibat dalam kes buli itu.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kesemua pihak berkenaan perlu ‘diheret’ berdepan dengan tindakan undang-undang dan ‘dimiskinkan’ supaya pada masa akan datang mereka tidak lagi berani menutup mata terhadap perkara itu.
“Berkenaan isu buli yang makin lama makin systemic… saya tidak perlu ulang secara perinci berkenaan kes buli melibatkan arwah (pegawai kadet) Zulfarhan, atau baru-baru ni lagi satu kes seterika melibatkan UPNM dan PALAPES (pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan meninggal dunia) di UiTM.
“Persoalan saya mudah, kalau buli telah dilihat sebagai systemic… Ia bukan hanya melibatkan pembuli seorang atau dua orang tetapi diselindung, dipertahankan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak kepimpinan atau sekurang-kurangnya cuba untuk didiamkan.
“Saya cadangkan dua perkara untuk selesaikan isu ni… Pertama sekali, saya merayu kepada pihak ibu bapa yang terkesan, jangan hanya buat laporan polis, ambil tindakan mereka (pelaku) ni kena charge… tetapi tolong buat saman sivil ke atas institusi tersebut kepada warden, kepada pegawai yang terbabit kerana mereka patut diheret sekali, pastikan mereka ini dimiskinkan supaya pada masa yang akan datang, mereka tidak akan pandang ke kiri, kanan, atas, bawah (sebaliknya) they will take direct action.
“Selagi kita tak memiskinkan mereka, selagi itulah mereka take ‘bersihkan tangan’ mereka, “Tidak apa seorang ni saja pembuli, dia dipenjarakan yang lain boleh bermaharajalela”, Enough is enough,” kata Syed Saddiq di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Syed Saddiq berkata kerajaan juga digesa supaya merombak peringkat kepimpinan tertinggi susulan insiden sedemikian dan tindakan drastik perlu dilakukan supaya tiada lagi nyawa terkorban akibat buli.
Beliau berkata, sekiranya kes buli sebegini berlaku di Royal Military College, Sandhurst atau West Point Amerika Syarikat, kepimpinan mereka sudah pasti akan dipecat dan berdepan tindakan lain.
Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata lima pegawai kadet (PK) Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM diberhentikan dan diarah membayar ganti rugi kerana terbabit dalam tiga kes penganiayaan membabitkan pegawai kadet lain.
Ia termasuk kes penganiayaan tekapan seterika ke dada PK Muhammad Salman Mohd Saiful Surash oleh PK Amirul Iskandar Ahmad Norhizan yang dikesan jurulatih bertugas ALK semasa melaksanakan pemeriksaan tubuh berkala pada 28 Oktober lalu.— The Merdeka Times