Antarabangsa
(VIDEO) Peneroka haram Israel ‘cemarkan’ Masjid Ibrahimi di Hebron
Ribuan peneroka haram mengambil alih ruang solat Masjid Ibrahimi di Hebron, Tebing Barat untuk persediaan konsert dan ritual Yahudi dengan tentera rejim Israel bertindak melarang umat Islam memasuki masjid itu.
- Ribuan peneroka haram mengambil alih ruang solat Masjid Ibrahimi di Hebron, Tebing Barat untuk persediaan konsert dan ritual Yahudi dengan tentera rejim Israel bertindak melarang umat Islam memasuki masjid itu.
- Klip video insiden itu yang dikongsikan di media sosial menunjukkan tentera Israel membenarkan kumpulan peneroka haram membawa masuk alat muzik ke dalam masjid tersebut.
- Video berkemungkinan dirakam peneroka haram atau tentera Isra itu turut memaparkan anggota tentera rejim membantu membawa masuk beberapa barangan ke tempat ibadah berkenaan.
- Pengarah Masjid, Moataz Abu Sneineh berkata peneroka Israel mengadakan konsert di halaman masjid “dalam pelanggaran terang-terangan terhadap tempat ibadah dan privasi umat Islam”.
- “Amalan dan pelanggaran ini berlaku dalam satu rangka pertukaran peranan dengan peneroka, di mana pasukan pendudukan membenarkan mereka membawa masuk alat muzik dan pembesar suara sebagai sebahagian daripada usaha menguasai masjid dan persekitaran sekeliling sepenuhnya.
- “Sedangkan rakyat Palestin tidak dibenarkan membawa masuk bekalan keperluan untuk penyelenggaraan dan pemulihan masjid,” katanya kepada agensi berita rasmi Wafa yang dipetik MEMO.
Ribuan peneroka haram mengambil alih ruang solat Masjid Ibrahimi di Hebron, Tebing Barat untuk persediaan konsert dan ritual Yahudi dengan tentera rejim Israel bertindak melarang umat Islam memasuki masjid itu.
Klip video insiden itu yang dikongsikan di media sosial menunjukkan tentera Israel membenarkan kumpulan peneroka haram membawa masuk alat muzik ke dalam masjid tersebut.
Video berkemungkinan dirakam peneroka haram atau tentera Isra itu turut memaparkan anggota tentera rejim membantu membawa masuk beberapa barangan ke tempat ibadah berkenaan.
Pengarah Masjid, Moataz Abu Sneineh berkata peneroka Israel mengadakan konsert di halaman masjid “dalam pelanggaran terang-terangan terhadap tempat ibadah dan privasi umat Islam”.
“Amalan dan pelanggaran ini berlaku dalam satu rangka pertukaran peranan dengan peneroka, di mana pasukan pendudukan membenarkan mereka membawa masuk alat muzik dan pembesar suara sebagai sebahagian daripada usaha menguasai masjid dan persekitaran sekeliling sepenuhnya.
“Sedangkan rakyat Palestin tidak dibenarkan membawa masuk bekalan keperluan untuk penyelenggaraan dan pemulihan masjid,” katanya kepada agensi berita rasmi Wafa yang dipetik MEMO.
Wafa melaporkan masjid itu dibuka kepada jemaah Palestin semalam selepas ditutup sepanjang hujung minggu lalu.
Media melaporkan insiden rampasan Masjid Ibrahimi dua tahun lalu selain wujudnya laporan insiden sama pada tahun lepas dengan larangan ke atas warga Palestin memasuki masjid itu ketika acara tersebut dianjurkan. – The Merdeka Times