Connect with us

Terkini

Peniaga pasar malam di Perlis wajib henti perniagaan waktu Maghrib

Semua peniaga pasar malam di seluruh Perlis diwajibkan memberhentikan operasi perniagaan semasa waktu Maghrib bermula 15 September ini bagi menghormati waktu solat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata peniaga pasar malam bukan Islam turut digalakkan untuk menutup perniagaan sepanjang tempoh berkenaan, namun tiada sebarang halangan jika mereka mahu meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing.
  • Peraturan itu selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis pada 21 Ogos lalu yang bersetuju melaksanakan program ‘Berhenti Dulu Kita Solat’ sebagai salah satu inisiatif memperkasakan kempen Hayya Ala-Solah’.
  • “Program ini akan berkuatkuasa bermula pada 15 September 2024 di semua tapak pasar malam di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) atau swasta di seluruh negeri ini.
  • “Tempoh pelaksanaan program bermula 10 minit sebelum masuk waktu dan 10 minit selepas masuk waktu solat Maghrib bagi membolehkan para peniaga dan pengunjung untuk menunaikan solat dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa.
  • “Solat boleh dilaksanakan di masjid atau surau berdekatan, atau di lokasi yang disediakan oleh pihak penganjur tapak pasar malam tersebut, selain mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai oleh peniaga,” katanya menerusi kenyataan media di Facebook pada Rabu.
  • Peraturan sama sebelum ini turut dilaksanakan di Kelantan dan Kedah dengan tujuan menggalakkan pengunjung pasar malam beragama Islam tidak membeli-belah ketika masuknya waktu solat Maghrib, selain mendidik rakyat menunaikan solat pada awal waktu dan tidak melengah-lengahkan solat.

KUALA LUMPUR — Semua peniaga pasar malam di seluruh Perlis diwajibkan memberhentikan operasi perniagaan semasa waktu Maghrib bermula 15 September ini bagi menghormati waktu solat.

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil berkata peniaga pasar malam bukan Islam turut digalakkan untuk menutup perniagaan sepanjang tempoh berkenaan, namun tiada sebarang halangan jika mereka mahu meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing.

Asrul Aimran berkata peraturan itu selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis pada 21 Ogos lalu yang bersetuju melaksanakan program ‘Berhenti Dulu Kita Solat’ sebagai salah satu inisiatif memperkasakan kempen Hayya Ala-Solah’.

Katanya, sebagai permulaan anggota penguatkuasa PBT akan turun padang bagi memastikan kejayaan program itu dengan memberi nasihat dan teguran terlebih dahulu.

“Program ini akan berkuatkuasa bermula pada 15 September 2024 di semua tapak pasar malam di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) atau swasta di seluruh negeri ini.

“Tempoh pelaksanaan program bermula 10 minit sebelum masuk waktu dan 10 minit selepas masuk waktu solat Maghrib bagi membolehkan para peniaga dan pengunjung untuk menunaikan solat dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa.

“Solat boleh dilaksanakan di masjid atau surau berdekatan, atau di lokasi yang disediakan oleh pihak penganjur tapak pasar malam tersebut, selain mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai oleh peniaga,” katanya menerusi kenyataan media di Facebook pada Rabu.

Asrul Aimran berkata inisiatif itu bertujuan menggalakkan pengunjung pasar malam beragama Islam tidak membeli-belah ketika masuknya waktu solat Maghrib, selain mendidik rakyat menunaikan solat pada awal waktu dan tidak melengah-lengahkan solat.

Peraturan sama sebelum ini turut dilaksanakan di Kelantan dan Kedah di mana Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pada 16 Februari 2016 bersetuju membuat ketetapan mengenai larangan menjalankan perniagaan semasa waktu solat Maghrib di tapak pasar malam (dengan menghentikan aktiviti perniagaan selama 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib dan menyambung semula urusniaga selepas selesai solat fardhu Maghrib).

Perkara itu diikuti Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bersidang pada 21 Februari 2024 untuk memberhentikan operasi perniagaan pasar malam semasa Maghrib. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *