Terkini
Warga China ‘mudah hilang’ di Malaysia – Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah memberi amaran tentang kebanjiran warga China yang menetap di Malaysia berikutan pelbagai kelonggaran diberi kerajaan, mengulangi kebimbangan beliau susulan bilangan penduduk dari tanah besar tersebut dilaporkan meningkat dua kali ganda sejak dua tahun lalu.
- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah memberi amaran tentang kebanjiran warga China yang menetap di Malaysia berikutan pelbagai kelonggaran diberikan kerajaan, mengulangi kebimbangan beliau susulan bilangan penduduk dari tanah besar tersebut dilaporkan meningkat dua kali ganda sejak dua tahun lalu.
- Dr Mahathir berkata pendatang dari tanah besar China lebih sukar dikesan pihak berkuasa disebabkan kehadiran kaum Cina warganegara Malaysia, menjadikan mereka “mudah hilang”.
- Situasi itu berbeza dengan penghijrahan bangsa lain yang lebih mudah dikenal pasti dalam kalangan masyarakat Malaysia.
- “Itulah yang menyebabkan jumlah mereka banyak, kerana kita tidak boleh kenal pasti warganegara asal dengan orang pendatang,” katanya dipetik MalaysiaNow di sini baru-baru ini.
KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah memberi amaran tentang kebanjiran warga China yang menetap di Malaysia berikutan pelbagai kelonggaran diberi kerajaan, mengulangi kebimbangan beliau susulan bilangan penduduk dari tanah besar tersebut dilaporkan meningkat dua kali ganda sejak dua tahun lalu.
Dr Mahathir berkata pendatang dari tanah besar China lebih sukar dikesan pihak berkuasa disebabkan kehadiran kaum Cina warganegara Malaysia, menjadikan mereka “mudah hilang”.
Situasi itu berbeza dengan penghijrahan bangsa lain yang lebih mudah dikenal pasti dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Beliau berkata situasi itu juga merumitkan usaha pihak berkuasa memastikan sama ada mereka meninggalkan negara ini ataupun tidak.
“Itulah yang menyebabkan jumlah mereka banyak, kerana kita tidak boleh kenal pasti warganegara asal dengan orang pendatang,” katanya dipetik MalaysiaNow di sini baru-baru ini.
The Financial Times pada 5 Ogos lalu, melaporkan dalam tempoh tiga tahun kebelakang ini, jumlah warga China yang menetap di Malaysia telah meningkat hampir dua kali ganda.
Pengarah di Institut Kajian China di Universiti Malaya, Ngeow Chow Bing menganggarkan hari ini terdapat 150,000 hingga 200,000 warga China di Malaysia, berbanding kira-kira 82,000 pada 2022.
Menurut MalaysiaNow, selain pengecualian visa selama 30 hari, pelbagai insentif di bawah Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H), iaitu program kerajaan menarik rakyat asing membawa masuk dana dengan kemudahan visa jangka panjang, turut dilihat menggalakkan lebih ramai rakyat China memutuskan untuk menetap di Malaysia.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing sebelum ini mengatakan warga China kekal di tangga teratas sebagai pemegang pas Program MM2H, iaitu seramai 24,765 orang diikuti Korea Selatan (4,940).
Dalam pada itu, media turut melaporkan Malaysia menyaksikan lonjakan dalam kalangan warga China bertanyakan tentang rumah mewah jutaan ringgit yang didorong oleh peluang pelaburan dan pendidikan.
Beberapa firma hartanah memberitahu The Straits Times bahawa 2024 telah menyaksikan lebih ramai orang dari China ingin membeli rumah, terutama di kawasan utama Kuala Lumpur seperti kawasan daerah pusat perniagaan termasuk Bukit Damansara, Bangsar dan Kenny Hills. — The Merdeka Times