Connect with us

Terkini

Kerajaan cadang beri elaun, tawar belajar percuma kepada pekerja gig

Kerajaan Madani bercadang memberikan elaun dan pembelajaran secara percuma kepada pekerja gig sebagai langkah meningkatkan kemahiran seiring keperluan semasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata inisiatif pembelajaran secara percuma itu membabitkan aspek peningkatan kemahiran (upskilling) dan pemahiran semula (reskilling).
  • Pekerja gig yang bakal mengikuti program berkenaan perlu menyertai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tertentu dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke lima universiti dalam kategori Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
  • “Kita mahu menyediakan kursus ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ dengan memberi mereka elaun dan pembelajaran secara percuma disamping mereka meneruskan kerja.
  • “Kita juga bukan hanya merancang untuk SKM 1 dan 2 dan ia juga boleh ditingkatkan menjadi 3, 4 dan 5, yang sama tarafnya dengan diploma.
  • “Dengan adanya SKM 5, mereka akan dapat masuk universiti. Begitu juga pihak KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) sedang merancang untuk SKM 6,7, 8 dan seterusnya, supaya pekerja ehailing, phailing dan yang bekerja sendiri juga boleh melanjutkan pelajaran mengikut sistem yang kita rancangkan,” katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani bercadang memberikan elaun dan pembelajaran secara percuma kepada pekerja gig sebagai langkah meningkatkan kemahiran seiring keperluan semasa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata inisiatif pembelajaran secara percuma itu membabitkan aspek peningkatan kemahiran (upskilling) dan pemahiran semula (reskilling).

Ahmad Zahid berkata pekerja gig yang bakal mengikuti program berkenaan perlu menyertai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tertentu dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke lima universiti dalam kategori Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

“Kita mahu menyediakan kursus ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ dengan memberi mereka elaun dan pembelajaran secara percuma disamping mereka meneruskan kerja.

“Kita juga bukan hanya merancang untuk SKM 1 dan 2 dan ia juga boleh ditingkatkan menjadi 3, 4 dan 5, yang sama tarafnya dengan diploma.

“Kita juga menyediakan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam kategori MTUN. Terdapat lima universiti yang akan memberikan kursus pada mereka, (termasuk) bagi yang tidak ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekali pun.

“Dengan adanya SKM 5, mereka akan dapat masuk universiti. Begitu juga pihak KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) sedang merancang untuk SKM 6,7, 8 dan seterusnya, supaya pekerja ehailing, phailing dan yang bekerja sendiri juga boleh melanjutkan pelajaran mengikut sistem yang kita rancangkan,” katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Teknikal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Mengulas perkembangan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM), Ahmad Zahid berharap ia dapat dilaksanakan segera selepas Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kebajikan pekerja gig dibentangkan di Parlimen Oktober depan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *