Connect with us

Terkini

Isu sekolah vernakular: Profesor Datuk Teo Kok Seong selesai beri keterangan sebagai saksi akhir

Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini berhubung kenyataannya yang dilaporkan portal media The Merdeka Times (TMT), baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Isu sekolah vernakular:
Foto: Peguam, Mohd Khairul Azam Abd Aziz (tengah berbaju hitam).
  • Perkara itu disahkan peguamnya Mohd Khairul Azam Abd Aziz yang berkata Kok Seong menjadi saksi akhir yang memberi keterangan dan pegawai penyiasat (IO) memaklumkan kertas siasatan boleh ditutup dan akan dirujuk ke pejabat peguam negara.
  • Azam berkata Kok Seong tidak dikenakan siasatan di bawah Akta Hasutan, sebaliknya di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat untuk pecahkan keamanan dan dibaca bersama Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • ā€œDia (Kok Seong) tak ada rasa down, tak ada rasa lemah, dia biasa saja dan dia rasa inilah kali pertama dalam profesion dia, dia dipanggil memberi keterangan.Ā 
  • ā€œDia tiada motif jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dia hanya nak perpaduan so dia hanya berkata benar dan kebetulan kata-kata benar itu menyakitkan hati seseorang yang sedang berkuasa sekarang ini so begitulah keadaan dia,ā€ katanya ketika ditemui pemberita di IPD Brickfields di sini hari ini.

KUALA LUMPUR ā€” Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini berhubung kenyataannya yang dilaporkan portal media The Merdeka Times (TMT), baru-baru ini.

Perkara itu disahkan peguamnya Mohd Khairul Azam Abd Aziz yang berkata Kok Seong menjadi saksi akhir yang memberi keterangan dan pegawai penyiasat (IO) memaklumkan kertas siasatan boleh ditutup dan akan dirujuk ke pejabat peguam negara.

Azam berkata Kok Seong tidak dikenakan siasatan di bawah Akta Hasutan, sebaliknya di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat untuk pecahkan keamanan dan dibaca bersama Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, katanya bagi Seksyen 233 berkemungkinan pihak lain yang akan disiasat memandangkan kenyataan dibuat Kok Seong, bukan menggunakan medium media sosial beliau.

ā€œDia (Kok Seong) tak ada rasa down, tak ada rasa lemah, dia biasa saja dan dia rasa inilah kali pertama dalam profesion dia, dia dipanggil memberi keterangan.Ā 

ā€œTapi tak apalah dia kata dia tak ada masalah, dia percaya dia bercakap yang benar dan bersandarkan kepada bukti-bukti yang tidak ada motif jahat .

ā€œDia tiada motif jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dia hanya nak perpaduan so dia hanya berkata benar dan kebetulan kata-kata benar itu menyakitkan hati seseorang yang sedang berkuasa sekarang ini so begitulah keadaan dia,ā€ katanya ketika ditemui pemberita di IPD Brickfields di sini hari ini.

Semalam dilaporkan pemilik portal media The Merdeka Times (TMT), Firdaus Wong Wai Hung, Ketua Pengarang TMT, Syafinaz Yunus dan penyunting video portal media terbabit juga selesai memberi keterangan di IPD Brickfields berhubung isu sama.

Masing-masing memberikan keterangan pada Rabu dan Khamis di mana telefon bimbit syarikat juga diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Firdaus Wong pada 8 Mac lalu berkata beliau akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pemilik TMT yang melaporkan kenyataan Kok Seong sehinggakan Naib Presiden DAP, Teresa Kok melabel kenyataan ahli akademik itu sebagai hasutan dan rasis.

4 Mac lalu, Teresa Kok yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis dalam Dewan Rakyat kerana membuat kenyataan didakwa berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

Kok Seong berkata demikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.

Beliau juga tidak menafikan sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum. ā€” The Merdeka Times

Author