Connect with us

Terkini

Perundangan Mahkamah Syariah perlu diselaraskan seluruh negara – PGSM

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyarankan supaya semua undang-undang, prosedur dan tata kelola kehakiman serta perundangan Mahkamah Syariah diselaraskan di Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang.
  • Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata secara peribadi sepanjang pengalamannya berkhidmat di beberapa negeri, prosedur dan tatakelola yang tidak selaras di antara negeri sangat ‘meletihkan’ untuk dilalui pengamal undang-undang Mahkamah Syariah.
  • Beliau berkata sebagai contoh, tuntutan pengesahan lafaz cerai atau poligami di mana ada negeri memulakan prosiding dengan saman dan pernyataan tuntutan, namun ada juga negeri menggunakan permohonan dan afidavit. 
  • “Ketika ini cabaran di Mahkamah Syariah sangat hebat dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah dibawa dan dicabar di mahkamah sivil,” katanya dipetik Berita Harian semasa Majlis Wacana Kehakiman dan Perundangan Syariah 2024 di Putrajaya hari ini. 
  • Katanya, jika perkara berkenaan masih tidak dapat diselaraskan sudah pasti akan ada pihak yang akan menggunakan kelemahan itu sebagai senjata untuk mencabar kehakiman dan perundangan Syariah. 

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyarankan supaya semua undang-undang, prosedur dan tata kelola kehakiman serta perundangan Mahkamah Syariah diselaraskan di Malaysia.

Presidennya, Musa Awang berkata secara peribadi sepanjang pengalamannya berkhidmat di beberapa negeri, prosedur dan tatakelola yang tidak selaras di antara negeri sangat ‘meletihkan’ untuk dilalui pengamal undang-undang Mahkamah Syariah.

Beliau berkata sebagai contoh, tuntutan pengesahan lafaz cerai atau poligami di mana ada negeri memulakan prosiding dengan saman dan pernyataan tuntutan, namun ada juga negeri menggunakan permohonan dan afidavit. 

Katanya, kenapa perkara sekecil itu tidak diselaraskan dan begitu juga bagi sesetengah peruntukan undang-undang yang terdapat di sesetengah negeri, namun tiada di negeri lain.

“Ketika ini cabaran di Mahkamah Syariah sangat hebat dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah dibawa dan dicabar di mahkamah sivil,” katanya dipetik Berita Harian semasa Majlis Wacana Kehakiman dan Perundangan Syariah 2024 di Putrajaya hari ini. 

Musa berkata cabaran dihadapi bukan sahaja melibatkan keputusan Mahkamah Syariah tetapi juga perundangan yang terpakai di mahkamah itu seperti kes M Indira Gandhi A/P Mutho lawan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak pada 2018.

Beliau kata cabaran lain membabitkan kes Iki Putra Mubarak lawan Kerajaan Selangor 2021 dan kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid lawan Kerajaan Kelantan yang bakal diputuskan Mahkamah Persekutuan dua hari lagi. 

Katanya, jika perkara berkenaan masih tidak dapat diselaraskan sudah pasti akan ada pihak yang akan menggunakan kelemahan itu sebagai senjata untuk mencabar kehakiman dan perundangan Syariah. 

“Bagaimanapun saya tidak menafikan dan berterima kasih kepada komitmen Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Negeri-Negeri yang sedaya upaya untuk cuba menyelaraskan perkara ini di semua negeri,” katanya. 

Musa berkata melalui Arahan Amalan dikeluarkan Ketua Pengarah JKSM dengan kerjasama Ketua Hakim Syarie Negeri-negeri setiap tahun, sedikit sebanyak ia mengisi kelompongan undang-undang dan menyelaraskan prosedur serta tata kelola kehakiman dan perundangan Mahkamah Syariah di negara ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *