Terkini
Tiada kesalahan bantu Hamas secara langsung – Pakar Undang-Undang Antarabangsa
Membantu Kerajaan Palestin di Gaza pimpinan Hamas secara langsung bukan satu kesalahan, demikian menurut Pakar Undang-undang Antarabangsa dari Malaysia.
- Membantu Kerajaan Palestin di Gaza pimpinan Hamas secara langsung bukan satu kesalahan, demikian menurut Pakar Undang-undang Antarabangsa dari Malaysia.
- Pensyarah Pusat Kajian Undang-undang Antarabangsa dan Siyar (CILAS) UKM, Profesor Dr Salawati Mat Basir berkata, dalam undang-undang antarabangsa, tidak salah membantu atas dasar kemanusiaan sebuah kerajaan yang sah di sisi rakyatnya.
- “Membantu Hamas secara langsung tidak menjadi satu kesalahan, cuma negara-negara Barat yang memihak kepada Israel meletakkan Hamas sebagai pengganas.
- “Memandangkan kewangan dunia dipegang oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutu Israel, maka memang mereka akan kata apa yang kita bantu itu salah.
- “Sebenarnya kalau diikutkan dalam undang-undang antarabangsa, tak ada kesalahan membantu atas dasar kemanusiaan, sebab mereka (Hamas) legitimate government sejak 2006 yang (cuba) dijatuhkan oleh Israel,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.
- Beliau ditanya mengenai sokongan langsung kepada Hamas ketika Jabatan Negara AS melabelkan kumpulan pembebasan Palestin berpangkalan di Gaza itu sebagai pengganas, malah mengumumkan tawaran terkini ganjaran RM46.5 juta untuk maklumat yang membolehkan negara sekutu Israel itu menjejaskan jaringan kewangan Hamas.
KUALA LUMPUR – Membantu Kerajaan Palestin di Gaza pimpinan Hamas secara langsung bukan satu kesalahan, demikian menurut Pakar Undang-undang Antarabangsa dari Malaysia.
Pensyarah Pusat Kajian Undang-undang Antarabangsa dan Siyar (CILAS) UKM, Profesor Dr Salawati Mat Basir berkata, dalam undang-undang antarabangsa, tidak salah membantu atas dasar kemanusiaan sebuah kerajaan yang sah di sisi rakyatnya.
“Membantu Hamas secara langsung tidak menjadi satu kesalahan, cuma negara-negara Barat yang memihak kepada Israel meletakkan Hamas sebagai pengganas.
“Memandangkan kewangan dunia dipegang oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutu Israel, maka memang mereka akan kata apa yang kita bantu itu salah.
“Sebenarnya kalau diikutkan dalam undang-undang antarabangsa, tak ada kesalahan membantu atas dasar kemanusiaan sebab mereka (Hamas) legitimate government sejak 2006 yang (cuba) dijatuhkan oleh Israel,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.
Beliau ditanya mengenai sokongan langsung kepada Hamas ketika Jabatan Negara AS melabelkan kumpulan pembebasan Palestin berpangkalan di Gaza itu sebagai pengganas, malah mengumumkan tawaran terkini ganjaran RM46.5 juta untuk maklumat yang membolehkan negara sekutu Israel itu menjejaskan jaringan kewangan Hamas.
Salawati berkata AS tidak mempedulikan kapasiti individu bersimpati kepada rakyat Palestin yang tetap akan dilabelkan sebagai pengganas.
“Dia sebenarnya mudah sahaja, pada Amerika Syarikat, mana-mana negara, individu, syarikat atau sesiapa yang bersimpati dengan rakyat Palestin dianggap sebagai terrorist (pengganas).
“Sebab pada dia, (bila) ada sahaja negara, individu, atau pertubuhan-pertubuhan yang hendak membantu Palestin, terutamanya Gaza, dianggap affiliated (bersekutu) dengan Hamas, walaupun (ada yang) tidak,” kata Salawati. – The Merdeka Times