Connect with us

Terkini

Gaza: Kerajaan wajar pertimbang campur tangan dalam kes ICJ

Kerajaan Malaysia harus melangkah lebih jauh dari hanya sekadar menjadi pemerhati pasif dan perlu mempertimbangkan kemungkinan campur tangan dalam kes genosid yang difailkan Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata Pusat Penyelidikan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

Wartawan TMT

Published

on

Gaza: Kerajaan wajar pertimbang campur tangan dalam kes ICJ
Foto: Pengasas dan Pengerusi CENTHRA, Azril Mohd Amin.
  • Kerajaan Malaysia harus melangkah lebih jauh dari hanya sekadar menjadi pemerhati pasif dan perlu mempertimbangkan kemungkinan campur tangan dalam kes genosid yang difailkan Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata Pusat Penyelidikan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).
  • Azril berkata ICJ menyediakan dua laluan bagi sesebuah negara untuk campur tangan, iaitu di bawah Artikel 62, campur tangan di mana sesebuah negara boleh mengemukakan permintaan di bawah Artikel 62 jika ia percaya kepentingan undang-undang negara boleh terjejas disebabkan kes itu dan di bawah Artikel 63, campur tangan menyediakan laluan yang membolehkan sebuah negara anggota konvensyen campur tangan apabila kandungan konvensyen itu dipertikaikan.
  • “Dalam sejarah ICJ, percubaan campur tangan di bawah kedua-dua artikel ini adalah jarang berlaku, sekali gus menunjukkan kepentingan dan pembabitan aktif oleh sebuah negara yang berkepentingan untuk mempengaruhi dan membentuk keputusan mahkamah,” katanya.
  • Azril berkata, Malaysia boleh mengambil langkah awal dengan meminta salinan pembelaan dan dokumen kes di bawah Artikel 53(1) untuk memberikan peluang sebagai pemerhati aktif dan terlibat dalam prosiding yang dijalankan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia harus melangkah lebih jauh dari hanya sekadar menjadi pemerhati pasif dan perlu mempertimbangkan kemungkinan campur tangan dalam kes genosid yang difailkan Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata Pusat Penyelidikan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

Dalam satu kenyataan, Pengasas dan Pengerusi CENTHRA, Azril Mohd Amin berkata kerajaan harus mengiktiraf tanggungjawab dan peluang untuk menyumbang ke arah mencari jalan penyelesaian dan keadilan.

Beliau berkata ICJ menyediakan dua laluan bagi sesebuah negara untuk campur tangan, iaitu di bawah Artikel 62, campur tangan di mana sesebuah negara boleh mengemukakan permintaan di bawah Artikel 62 jika ia percaya kepentingan undang-undang negara boleh terjejas disebabkan kes itu dan di bawah Artikel 63, campur tangan menyediakan laluan yang membolehkan sebuah negara anggota konvensyen campur tangan apabila kandungan konvensyen itu dipertikaikan.

“Dalam sejarah ICJ, percubaan campur tangan di bawah kedua-dua artikel ini adalah jarang berlaku, sekali gus menunjukkan kepentingan dan pembabitan aktif oleh sebuah negara yang berkepentingan untuk mempengaruhi dan membentuk keputusan mahkamah,” katanya.

Tambahan pula, Azril berkata, Malaysia boleh mengambil langkah awal dengan meminta salinan pembelaan dan dokumen kes di bawah Artikel 53(1) untuk memberikan peluang sebagai pemerhati aktif dan terlibat dalam prosiding yang dijalankan.

ICJ di The Hague pada Khamis memulakan prosiding lisan dalam kes yang difailkan oleh Afrika Selatan sebagai respons terhadap serangan tentera Israel yang berterusan di Gaza.

Prosiding ICJ itu disiarkan secara langsung di laman sesawang mahkamah dan TV Web Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

CENTHRA menggesa rakyat Malaysia untuk mengikuti prosiding itu serta menggunakan suara bagi memperjuangkan keadilan, sekali gus menghantar mesej jelas kepada pemimpin kerajaan di seluruh dunia bahawa mereka juga mungkin dianggap bertanggungjawab atas pelanggaran Konvensyen Genosid ini.

Sekurang-kurangnya 23,357 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan wanita dan kanak-kanak manakala 59,410 yang lain cedera dalam pengeboman Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Serangan berterusan itu telah menyebabkan Gaza musnah dan hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal selain diancam kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending