Antarabangsa
Russia tukar rating umur ‘My Little Pony’ tontonan 18 tahun ke atas
Salah satu perkhidmatan penstriman terbesar di Russia menukar penarafan umur untuk siri animasi popular ‘My Little Pony’ kepada “penonton dewasa” di bawah undang-undang LGBTQ+ negara itu.
- Salah satu perkhidmatan penstriman terbesar di Russia menukar penarafan umur untuk siri animasi popular ‘My Little Pony’ kepada “penonton dewasa” di bawah undang-undang LGBTQ+ negara itu.
- Ia berlaku kurang seminggu selepas Mahkamah Agung Russia mengisytiharkan pergerakan LGBTQ+ sebagai pertubuhan ekstremis, lapor PinkNews.
- My Little Pony: Friendship is Magic ditukar ratingnya kepada 18+ pada pangkalan data filem Kinopoisk yang dimiliki enjin carian dan portal web Yandex.
- Walaupun alasan sebenar keputusan itu dibuat tidak dijelaskan, terdapat spekulasi ia dikaitkan dengan salah satu watak rancangan tersebut, Rainbow Dash yang mempunyai ekor dan surai (rambut di kepala atau bulu di tengkuk kuda) berwarna pelangi.
Salah satu perkhidmatan penstriman terbesar di Russia menukar penarafan umur untuk siri animasi popular ‘My Little Pony’ kepada “penonton dewasa” di bawah undang-undang LGBTQ+ negara itu.
Ia berlaku kurang seminggu selepas Mahkamah Agung Russia mengisytiharkan pergerakan LGBTQ+ sebagai pertubuhan ekstremis, lapor PinkNews.
My Little Pony: Friendship is Magic ditukar ratingnya kepada 18+ pada pangkalan data filem Kinopoisk yang dimiliki enjin carian dan portal web Yandex.
Walaupun alasan sebenar keputusan itu dibuat tidak dijelaskan, terdapat spekulasi ia dikaitkan dengan salah satu watak rancangan tersebut, Rainbow Dash, yang mempunyai ekor dan surai (rambut di kepala atau bulu di tengkuk kuda) berwarna pelangi.
Mahkamah Agung Russia pada November lalu memutuskan aktivis LGBTQ patut dilabelkan sebagai “ekstremis”.
Ia juga menetapkan aktiviti “gerakan antarabangsa LGBT dan cabang-cabangnya” di wilayah di negara itu adalah diharamkan.
Keputusan itu merupakan langkah drastik dikenakan terhadap kelompok songsang itu dalam tempoh sedekad pemerintahan Presiden Russia, Vladimir Putin yang menitikberatkan nilai keluarga tradisional, lapor Al Jazeera.
Sumber : PinkNews