Connect with us

Terkini

Peruntukan kepada pembangkang, Anwar minta bincang dengan baik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pembangkang untuk berbincang secara baik dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.

Wartawan TMT

Published

on

Peruntukan kepada pembangkang, Anwar minta bincang dengan baik
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pembangkang untuk berbincang secara baik dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.
  • “Bincang dengan baik, jangan sombong,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam, di sini hari ini.
  • Anwar mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
  • Sabtu lalu, Anwar meminta ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

PUTRAJAYA, 8 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pembangkang untuk berbincang secara baik dengan wakil kerajaan berkaitan peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang.

“Bincang dengan baik, jangan sombong,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam, di sini hari ini.

Anwar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Sabtu lepas, Anwar meminta ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ditanya ketika itu mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin membuat membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, Anwar berkata: “Tiada”. –BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Antarabangsa

Remaja gamer ditabal Saint milenium pertama

Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja, lapor CNN.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Carlo Acutis
  • Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja.
  • Carlo Acutis yang meninggal dunia akibat leukimia pada 2006 ketika berusia 15 tahun terkenal kerana menggunakan kemahiran komputernya menyebarkan Katolik sehingga diberi gelaran “influencer tuhan”.
  • Diiktiraf sebagai santo dalam Gereja Katolik boleh mengambil masa bertahun-tahun, tetapi usaha penabalan Acutis berjalan pantas dengan meningkatnya pengikut setia remaja itu di seluruh dunia.
  • Sering digambarkan memakai jeans dan kasut sukan, kisahnya dilihat membantu Gereja Katolik dalam usaha berhubungan dengan generasi muda era digital dengan populariti dirinya dalam kalangan kumpulan belia Katolik.
  • Acutis yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 1991 diingati rakan dan keluarga sebagai seseorang yang menggemari permainan video seperti Halo, Super Mario dan Pokémon.

Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja, lapor CNN.

Carlo Acutis yang meninggal dunia akibat leukimia pada 2006 ketika berusia 15 tahun terkenal kerana menggunakan kemahiran komputernya menyebarkan Katolik sehingga diberi gelaran “influencer tuhan”.

Diiktiraf sebagai santo dalam Gereja Katolik boleh mengambil masa bertahun-tahun, tetapi usaha penabalan Acutis berjalan pantas dengan meningkatnya pengikut setia remaja itu di seluruh dunia.

Sering digambarkan memakai jeans dan kasut sukan, kisahnya dilihat membantu Gereja Katolik dalam usaha berhubungan dengan generasi muda era digital dengan populariti dirinya dalam kalangan kumpulan belia Katolik.

Acutis yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 1991 diingati rakan dan keluarga sebagai seseorang yang menggemari permainan video seperti Halo, Super Mario dan Pokémon.

Acutis diisytiharkan ‘diberkati’ pada 2020 selepas keajaiban pertamanya dikatakan menyembuhkan seorang budak lelaki Brazil yang mempunyai kecacatan sejak lahir pada pankreasnya menyebabkan dia tidak boleh makan secara normal.

Budak lelaki itu dilaporkan sembuh selepas ibunya berdoa kepada Acutis untuk campur tangan dan membantu menyembuhkan anaknya.

Keajaiban kedua dikaitkan dengan Acutis berkaitan dengan penyembuhan seorang gadis dari Costa Rica yang mengalami kecederaan kepala selepas terjatuh dari basikalnya di Florence, Itali, tempat dia belajar.

Ibunya dilaporkan berkata dia berdoa untuk pemulihan anak perempuannya di makam Acutis di Assisi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending