Connect with us

Terkini

Penurunan duti hiburan bukan galakkan maksiat – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan penurunan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu bukan bertujuan untuk menggalakkan maksiat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan penurunan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu bukan bertujuan untuk menggalakkan maksiat.
  • Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan kerajaan masih meletakkan syarat-syarat ketat yang mesti dipatuhi bagi penganjuran sebarang aktiviti hiburan.
  • “Hiburan untuk anak-anak muda dengan syarat-syarat yang terkawal itu… kita kurangkan kadar duti hiburan walaupun kita dikritik (kerana) keputusan ini (dituduh) sebagai galakan yang tidak baik,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara yang dipetik Astro Awani hari ini.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan penurunan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu bukan bertujuan untuk menggalakkan maksiat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan kerajaan masih meletakkan syarat-syarat ketat yang mesti dipatuhi bagi penganjuran sebarang aktiviti hiburan.

“Ini saya nak beritahu bukan lah maksudnya bukan untuk menggalakkan maksiat (penurunan duti hiburan).

“Hiburan untuk anak-anak muda dengan syarat-syarat yang terkawal itu… kita kurangkan kadar duti hiburan walaupun kita dikritik (kerana) keputusan ini (dituduh) sebagai galakan yang tidak baik.

“(Tetapi) syarat-syarat masih diketatkan dan mesti dipatuhi,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara yang dipetik Astro Awani hari ini.

Anwar berkata kerajaan turut memperuntukkan RM160 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam Belanjawan 2024.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu, beliau memaklumkan pengurangan duti hiburan itu antaranya merangkumi lima peratus bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan ‘simulator’.

Selain itu, pengurangan kepada 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas artis antarabangsa dan acara hiburan lain seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan.

Pada 24 Oktober lalu, media melaporkan seorang Ahli Parlimen pembangkang membidas rancangan kerajaan menurunkan duti hiburan pada tahun depan yang didakwanya akan menyebabkan lebih banyak program melalaikan dianjurkan.

Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) turut mendakwa pertambahan program itu juga akan menyebabkan pergaulan bebas, sambil secara sinis berkata langkah itu bertentangan dengan pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah.

Sehubungan itu, beliau mendesak Putrajaya menilai semula keputusan pengurangan duti hiburan yang disifatkan tidak memberi manfaat untuk mensejahterakan kehidupan rakyat. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *