Terkini
Turun duti hiburan undang kelalaian, pergaulan bebas – Ahli Parlimen Temerloh
Seorang Ahli Parlimen pembangkang membidas rancangan kerajaan menurunkan duti hiburan pada tahun depan yang didakwanya akan menyebabkan lebih banyak program melalaikan dianjurkan.

- Seorang Ahli Parlimen pembangkang membidas rancangan kerajaan menurunkan duti hiburan pada tahun depan yang didakwanya akan menyebabkan lebih banyak program melalaikan dianjurkan.
- Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) turut mendakwa pertambahan program itu juga akan menyebabkan pergaulan bebas, sambil secara sinis berkata langkah itu bertentangan dengan pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah.
- Beliau mendesak Putrajaya menilai semula keputusan berhubung pengurangan duti hiburan yang disifatkan tidak memberi manfaat untuk mensejahterakan kehidupan rakyat.
- “Jangan sampai tangan kanan beri madu tangan kiri memberi racun,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang membidas rancangan kerajaan menurunkan duti hiburan pada tahun depan yang didakwanya akan menyebabkan lebih banyak program melalaikan dianjurkan.
Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) turut mendakwa pertambahan program itu juga akan menyebabkan pergaulan bebas, sambil secara sinis berkata langkah itu bertentangan dengan pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah.
Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Putrajaya menilai semula keputusan berhubung pengurangan duti hiburan yang disifatkan tidak memberi manfaat untuk mensejahterakan kehidupan rakyat.
“Nilai semula keputusan ini kerana sejauh mana ia memberi keuntungan untuk pembentukan generasi berakhlak mulia dan memiliki jati diri yang tinggi.
“Jangan sampai tangan kanan beri madu tangan kiri memberi racun,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu.
Persembahan pentas dan konsert artis tempatan pula mendapat pengecualian sepenuhnya duti hiburan.
Selain itu, pengurangan 10 peratus duti hiburan bagi persembahan pentas oleh artis antarabangsa dan acara hiburan seperti tayangan filem serta acara sukan dan permainan.
Sumber: Free Malaysia Today
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas