Connect with us

Terkini

Pemimpin Islam tidak sepakat, tiada tindakan ekonomi terhadap rejim pengganas Israel

Pemimpin Islam dan Arab mengutuk tindakan tidak bertamadun Israel di Gaza tetapi tidak memutuskan sebarang langkah mengenakan apa-apa tindakan ekonomi atau politik, susulan serangan ke atas Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin Islam tidak sepakat, tiada tindakan ekonomi terhadap rejim pengganas Israel
Foto: Pemimpin Islam dan Arab yang hadir Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Riyadh, Arab Saudi.
  • Pemimpin Islam dan Arab mengutuk tindakan tidak bertamadun Israel di Gaza tetapi tidak memutuskan sebarang langkah mengenakan apa-apa tindakan ekonomi atau politik, susulan serangan ke atas Hamas.
  • Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Riyadh menonjolkan perpecahan dalam kalangan pemimpin wilayah Arab dalam menangani krisis yang mungkin akan membabitkan negara lain.
  • Deklarasi yang dimuktamadkan pada Sabtu menolak dakwaan Israel yang rejim itu terpaksa bertindak kejam kerana mempertahan diri.

RIYADH: Pemimpin Islam dan Arab mengutuk tindakan tidak bertamadun Israel di Gaza tetapi tidak memutuskan sebarang langkah mengenakan apa-apa tindakan ekonomi atau politik, susulan serangan ke atas Hamas.

Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Riyadh menonjolkan perpecahan dalam kalangan pemimpin wilayah Arab dalam menangani krisis yang mungkin akan membabitkan negara lain.

Deklarasi yang dimuktamadkan pada Sabtu menolak dakwaan Israel yang rejim itu terpaksa bertindak kejam kerana mempertahan diri.

Pemimpin OIC menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima resolusi yang tegas dan mengikat, untuk menghentikan pencerobohan Israel.

Mereka juga menggesa penjualan senjata kepada Israel dihentikan, dan menolak sebarang penyelesaian politik masa depan terhadap konflik yang akan memisahkan Gaza daripada Tebing Barat yang diduduki Israel.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, melalui sidang kemuncak itu menegaskan beliau berpegang kepada prinsip pihak berkuasa Israel bertanggungjawab ke atas jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Sebelum tercetusnya perang di antara Israel-Palestin, Mohammed yang juga Perdana Menteri Arab Saudi mempertimbang untuk menjalin hubungan diplomatik secara rasmi dengan rejim terbabit.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam lawatan pertamanya ke Arab Saudi sejak hubungan kedua-dua negara dipulihkan Mac lalu, berkata negara Islam harus mengisytiharkan tentera Israel sebagai organisasi pengganas terhadap tindakannya di Gaza.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53.
  • Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
  • Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
  • Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
  • Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
  • Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.

Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.

Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.

Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.

Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.

Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending