Connect with us

Terkini

Pemimpin Islam tidak sepakat, tiada tindakan ekonomi terhadap rejim pengganas Israel

Pemimpin Islam dan Arab mengutuk tindakan tidak bertamadun Israel di Gaza tetapi tidak memutuskan sebarang langkah mengenakan apa-apa tindakan ekonomi atau politik, susulan serangan ke atas Hamas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin Islam tidak sepakat, tiada tindakan ekonomi terhadap rejim pengganas Israel
Foto: Pemimpin Islam dan Arab yang hadir Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Riyadh, Arab Saudi.
  • Pemimpin Islam dan Arab mengutuk tindakan tidak bertamadun Israel di Gaza tetapi tidak memutuskan sebarang langkah mengenakan apa-apa tindakan ekonomi atau politik, susulan serangan ke atas Hamas.
  • Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Riyadh menonjolkan perpecahan dalam kalangan pemimpin wilayah Arab dalam menangani krisis yang mungkin akan membabitkan negara lain.
  • Deklarasi yang dimuktamadkan pada Sabtu menolak dakwaan Israel yang rejim itu terpaksa bertindak kejam kerana mempertahan diri.

RIYADH: Pemimpin Islam dan Arab mengutuk tindakan tidak bertamadun Israel di Gaza tetapi tidak memutuskan sebarang langkah mengenakan apa-apa tindakan ekonomi atau politik, susulan serangan ke atas Hamas.

Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Riyadh menonjolkan perpecahan dalam kalangan pemimpin wilayah Arab dalam menangani krisis yang mungkin akan membabitkan negara lain.

Deklarasi yang dimuktamadkan pada Sabtu menolak dakwaan Israel yang rejim itu terpaksa bertindak kejam kerana mempertahan diri.

Pemimpin OIC menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima resolusi yang tegas dan mengikat, untuk menghentikan pencerobohan Israel.

Mereka juga menggesa penjualan senjata kepada Israel dihentikan, dan menolak sebarang penyelesaian politik masa depan terhadap konflik yang akan memisahkan Gaza daripada Tebing Barat yang diduduki Israel.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, melalui sidang kemuncak itu menegaskan beliau berpegang kepada prinsip pihak berkuasa Israel bertanggungjawab ke atas jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Sebelum tercetusnya perang di antara Israel-Palestin, Mohammed yang juga Perdana Menteri Arab Saudi mempertimbang untuk menjalin hubungan diplomatik secara rasmi dengan rejim terbabit.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam lawatan pertamanya ke Arab Saudi sejak hubungan kedua-dua negara dipulihkan Mac lalu, berkata negara Islam harus mengisytiharkan tentera Israel sebagai organisasi pengganas terhadap tindakannya di Gaza.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *